Ghea Indrawari kembali ke KL menerusi konsert 'Rasi Jiwa'

Konsert ini dijangka menyajikan persembahan sarat emosi dan keintiman, selari dengan identiti muzik Ghea yang terkenal dengan lagu-lagu balada berteraskan kejujuran perasaan serta penceritaan jiwa. -
PENYANYI dari Indonesia, Ghea Indrawari, bakal kembali menemui peminat di Malaysia menerusi konsert solo istimewa bertajuk “GHEA INDRAWARI : RASI JIWA – Live in Kuala Lumpur” yang dijadualkan berlangsung pada 8 Mei 2026 di Zepp Kuala Lumpur.
Ringkasan AI
- Ghea Indrawari bakal mengadakan konsert solo bertajuk "GHEA INDRAWARI: RASI JIWA - Live in Kuala Lumpur" di Zepp Kuala Lumpur pada 8 Mei 2026, menawarkan persembahan sarat emosi dan keintiman yang menggambarkan identiti muziknya.
- Konsep konsert ini menekankan penerimaan diri dan proses emosi yang tidak harus sempurna, mengajak anak muda untuk mengakui fasa bingung, jatuh, dan belum selesai dalam kehidupan.
- Tiket konsert dengan harga bermula dari RM198 hingga RM368 untuk kategori berdiri dan duduk, turut menawarkan VIP Suite dengan harga RM5,000 serta Meet & Greet dengan harga RM300; penjualan tiket akan bermula pada 10 Januari 2026 untuk Pra-Jualan dan 11 Januari 2026 untuk Jualan Awam.

Menurut Ghea, Rasi Jiwa membawa falsafah tentang penerimaan diri dan proses emosi yang tidak semestinya sempurna.
“Rasi Jiwa menolak standard ‘harus baik-baik saja’. Ia mengajak anak muda untuk mengakui proses termasuk fasa bingung, jatuh dan belum selesai,” katanya.
Konsert ini direka bagi memberi pengalaman lebih dekat kepada penonton, dengan beberapa kategori tiket ditawarkan termasuk free standing, tempat duduk bernombor, serta zon VIP berhampiran pentas.
Menariknya, kategori tiket dinamakan berasaskan fasa emosi kehidupan, dengan harga ditawarkan bermula RM198 – RM 238 (berdiri tingkat bawah) dan RM338 – RM368 (duduk tingkat atas).
Sementara itu, VIP Suite berharga RM5,000 dan Meet & Greet RM300.

Pemilihan Zepp Kuala Lumpur dilihat sesuai dengan konsep konsert yang menekankan elemen keintiman dan interaksi emosi antara artis dan penonton.
Tiket konsert “RASI JIWA – Live in Kuala Lumpur” boleh didapati menerusi laman web rasmi https://GheaRasiJiwaKL.com serta platform jualan tiket LOKET.
Tiket PraJualan akan mula dijual pada 10 Januari 2026 bermula jam 10 pagi untuk mereka yang telah mendaftar di laman tiket sementara tiket untuk Jualan Awam pula akan mula dijual pada 11 Januari 2026.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Boleh berikan tarikh dan lokasi konsert solo Ghea Indrawari yang akan berlangsung di Malaysia? A: Konsert solo Ghea Indrawari bertajuk "GHEA INDRAWARI: RASI JIWA - Live in Kuala Lumpur" dijadualkan berlangsung pada 8 Mei 2026 di Zepp Kuala Lumpur.
- Q: Apakah falsafah yang diusung oleh konsert "RASI JIWA - Live in Kuala Lumpur" oleh Ghea Indrawari? A: Konsert "RASI JIWA - Live in Kuala Lumpur" membawa falsafah tentang penerimaan diri dan proses emosi yang tidak semestinya sempurna, menolak standard "harus baik-baik saja".
- Q: Bagaimanakah kategori tiket konsert ini dikategorikan? A: Kategori tiket konsert "RASI JIWA - Live in Kuala Lumpur" dinamakan berdasarkan fasa emosi kehidupan, dengan harga bermula dari RM198 - RM238 (berdiri tingkat bawah) dan RM338 - RM368 (duduk tingkat atas), berserta VIP Suite (RM5,000) dan Meet & Greet (RM300).
- Q: Di mana tiket untuk konsert "RASI JIWA - Live in Kuala Lumpur" boleh didapati? A: Tiket konsert boleh didapati melalui laman web rasmi https://GheaRasiJiwaKL.com dan platform jualan tiket LOKET.
- Q: Bila Pra-Jualan dan Jualan Awam tiket konsert Ghea Indrawari akan bermula? A: Pra-Jualan tiket akan bermula pada 10 Januari 2026 jam 10:00 pagi untuk pendaftar di laman tiket, manakala Jualan Awam akan bermula pada 11 Januari 2026.

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

