awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand kurangkan tempoh kuarantin 7 hari bagi pelawat sudah divaksin

Agensi
Agensi
08/03/2021
15:03 MYT
COVID-19: Thailand kurangkan tempoh kuarantin 7 hari bagi pelawat sudah divaksin
Pelawat dari negara asing juga perlu mengemukakan keputusan negatif dalam tempoh tiga hari selepas melakukan ujian saringan COVID-19. - Reuters
THAILAND mengurangkan tempoh kuarantin daripada 14 kepada tujuh hari bagi warga asing yang sudah menerima suntikan vaksin COVID-19, bermula April ini.
Menurut Menteri Kesihatan Thailand, vaksinasi itu perlu dilakukan dalam tempoh tiga bulan sebelum perjalanan mereka ke negara berkenaan.
Pelawat dari negara asing itu juga perlu mengemukakan keputusan negatif dalam tempoh tiga hari selepas melakukan ujian saringan COVID-19.
Bagaimanapun, bagi individu yang masih belum menerima suntikan vaksin dan disahkan negatif, mereka perlu dikuarantin selama 10 hari.
Pelawat dari negara Afrika atau ada sejarah perjalanan dari Afrika masih perlu dikuarantin selama 14 hari.
Thailand yang sebelum ini menerima hampir 40 juta kemasukan pelawat pada 2019 telah menjalankan suntikan dos pertama vaksin kepada lebih 27,000 petugas kesihatannya.
Topic Berkaitan
#Thailand
#kesihatan
#ujian saringan
#program vaksinasi
#vaksin
#COVID-19
#warga asing
#pengurangan tempoh kuarantin
#14 hari
#tujuh hari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan