Thailand merancang untuk membuka pintu masuknya kepada 1,000 pelawat perubatan dan perniagaan dalam sehari dengan mewujudkan "travel bubble" atau "koridor perjalanan" dengan negara yang berjaya membendung pandemik COVID-19.
Dengan Thailand merekodkan hari ke-20 tanpa jangkitan tempatan, empat kementerian -- Kementerian Luar, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Kesihatan Awam dan Kementerian Belia dan Sukan sudah merangka pelan koridor perjalanan dan dijangka mengemukakan pelan itu kepada Pusat Pentadbiran bagi Situasi COVID-19 (CCSA) pada 17 Jun ini.
Timbalan Jurucakap Kerajaan, Trisuree Traisoranakul berkata "koridor perjalanan" menyasarkan untuk melonjakkan industri pelancongan dan mengurangkan kesan kelembapan ekonomi ekoran pandemik COVID-19.
"Jika pelan ini (koridor perjalanan) berjalan lancar, Thailand akan membuka semula pintu masuknya kepada lebih banyak pelancong dari negara lain," kata beliau dalam satu kenyataan.
Di bawah pelan koridor perjalanan, Trisuree berkata pelawat perubatan dan perniagaan dari negara terpilih yang berjaya membendung penularan wabak COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.
Bagaimanapun, beliau berkata pelawat berkenaan mesti bebas daripada virus yang membawa maut itu.
Pada Jumaat, Jurucakap CCSA Thaweesilp Wissanuyothin berkata Perdana Menteri Jen Prayuth Chan o-cha bersetuju dari segi prinsip terhadap koridor perjalanan itu.
Beliau berkata sektor pelancongan boleh dibuka semula kepada pelancong dari negara seperti China, Hong Kong, Taiwan, Macau, Jepun, Korea Selatan, Australia, New Zealand, Laos, Myanmar, Kemboja dan beberapa negara Timur Tengah.
Sementara itu CCSA berkata seorang wanita Thai yang kembali dari Amerika Syarikat adalah pesakit terkini COVID-19 di negara itu, menjadikan jumlah kes keseluruhan kepada 3,135 dengan tiada jangkitan tempatan.
Tiada laporan kematian dan jumlah korban kekal 58 dalam tempoh 24 jam lepas.
Penuntut berusia 25 tahun itu tiba di Thailand pada 8 Jun lepas. Dia tidak menunjukkan sebarang gejala COVID-19 dan menjalani kuarantin 14 hari di fasiliti kerajaan.
Sejak 3 April sehingga 13 Jun, sebanyak 38,944 rakyat Thailand kembali dari luar negara dan menjalani kuarantin selama 14 hari di fasiliti kerajaan.
"Sejumlah 28,746 yang kembali sudah selesai dikuarantin. Setakat ini, 198 yang kembali didapati positif COVID-19," kata kenyataan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 14 2020
Pelawat perubatan dan perniagaan dari negara terpilih yang berjaya membendung penularan wabak COVID-19 tidak perlu menjalani kuarantin selama 14 hari. - Gambar fail BERNAMA
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Penumpang jatuh selepas buka pintu pesawat
Seorang penumpang Air Canada cedera selepas terjatuh kira-kira enam meter apabila dia membuka pintu pesawat baru-baru ini.
Kanak-kanak enam tahun terkunci dalam kenderaan pacuan empat roda
Mangsa dikatakan ditinggalkan di dalam kenderaan dengan enjin masih hidup sementara ibu bapanya keluar membeli belah di pasar mini.
AS bakal tambah had kemasukan pelarian
Biden berkata masyarakat antarabangsa berhadapan cabaran apabila lebih 80 juta orang kini terpaksa melarikan diri di seluruh dunia.
COVID-19: Thailand rancang buka pintu kepada 1,000 pelawat perniagaan dan perubatan
Empat kementerian sudah merangka pelan koridor perjalanan dan dijangka mengemukakan pelan itu kepada Pusat Pentadbiran bagi Situasi COVID-19 (CCSA) pada 17 Jun ini.