awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIBURAN
Helloween kembali gegar Kuala Lumpur sempena ulang tahun ke-40
MALAYSIA
Madu mengaku tidak bersalah ugut, simpan gambar lucah guru
MALAYSIA
Empat individu termasuk dua pemilik syarikat ditahan kemuka butir matan palsu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

INTERNATIONAL

COVID-19: Tiga rakyat Malaysia antara kes tempatan baharu di Singapura

Bernama
Bernama
20/01/2021
20:09 MYT
COVID-19: Tiga rakyat Malaysia antara kes tempatan baharu di Singapura
Hingga Rabu, republik itu telah mengklasifikasikan 2,378 sebagai kes import, 2,311 kes komuniti dan 54,508 kes penghuni asrama pekerja asing. - REUTERS
SINGAPURA:Tiga rakyat Malaysia merupakan antara empat kes baharu jangkitan tempatan COVID-19 dilaporkan di Singapura, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH).
Lelaki itu telah disahkan dijangkiti COVID-19 pada 18 Jan, menurut kenyataan itu dalam data penuh yang dikeluarkan di sini.
Ketiga-tiga mereka merupakan pemegang pas kerja dengan seorang dimasukkan ke Hospital Tan Tock Seng manakala dua ditempatkan di Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan (NCID).
Dengan tiga kes baharu yang berkaitan dengan Kes 59429, mereka telah mewujudkan satu kluster baharu di sini.
Sehingga tengah hari tadi, Singapura mencatatkan sejumlah 40 kes baharu di mana 36 merupakan kes import dan empat kes jangkitan tempatan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan kepada 59,197 kes.
Sehingga Rabu, republik itu telah mengklasifikasikan 2,378 sebagai kes import, 2,311 kes komuniti dan 54,508 kes penghuni asrama pekerja asing.
Dengan kluster baharu berkaitan Kes 59429, ia menjadikan jumlah kluster kini kepada enam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#rakyat Malaysia
#kes import
#pemegang pas kerja
#Hospital Tan Tock Seng
#NCID
#Kes 59429
#Pusat Penyakit Berjangkit Kebangsaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami