awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Dana Inovasi Media Fasa 1 dibuka
'Papa Zola The Movie' terus dominasi, RM50 juta dalam 22 hari
Pemain biola AS saman Will Smith atas dakwaan gangguan seksual
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Trump tandatangani pelan rangsangan ekonomi AS$1.4 trilion

Astro Awani
Astro Awani
28/12/2020
04:46 MYT
COVID-19: Trump tandatangani pelan rangsangan ekonomi AS$1.4 trilion
Trump menandatangani pelan rangsangan ekonomi bernilai AS$1.4 trilion bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas dengan COVID-19. -Gambar fail
WASHINGTON:Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani pelan rangsangan ekonomi bernilai AS$1.4 trilion bagi membantu rakyat dan perniagaan yang terjejas dengan COVID-19.
Ia sekali gus menamatkan ketidaktentuan selama beberapa minggu selepas Trump sebelum ini enggan menandatangani pelan tersebut.
Jika Trump tidak berbuat demikian, jutaan rakyat AS akan hilang bantuan kewangan dan urusan harian kerajaan juga akan terhenti tatkala negara itu sedang bergelut dengan pandemik COVID-19.
Pada ketika ini, rakyat yang terkesan menerima bantuan sebanyak AS$600 seorang.
Antara yang terkandung di dalam pelan tersebut ialah peruntukan AS$900 bilion untuk memerangi COVID-19.
Trump sebelum ini enggan menandatangani perjanjian tersebut kerana berpendapat bantuan AS$600 seorang tidak mencukupi.
Beliau juga meminta supaya peruntukan pelan tersebut dikecilkan.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#COVID-19
#pandemik
#Pelan Rangsangan Ekonomi
#AS 1 4 trilion
#bantuan kewangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan