awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Papa Zola The Movie' terus dominasi, RM50 juta dalam 22 hari

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2026
08:23 MYT
'Papa Zola The Movie' terus dominasi, RM50 juta dalam 22 hari
Dalam tempoh tayangan itu, filem animasi terbitan Monsta dengan kerjasama Astro Shaw ini turut mencatat lebih tiga juta tontonan. - Foto Astro Shaw
KUALA LUMPUR: 'Demam kebenaran' terus dominasi pawagam.
Papa Zola The Movie terus mendapat sambutan luar biasa dalam kalangan penonton apabila meraih kutipan berjumlah RM50 juta dalam tempoh 22 hari tayangan di pawagam Malaysia dan Brunei.
Dalam tempoh tayangan itu, filem animasi terbitan Monsta dengan kerjasama Astro Shaw ini turut mencatat lebih tiga juta tontonan.
Ia sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara filem tempatan paling mendapat sambutan.
Dengan pencapaian ini, Papa Zola The Movie kekal menduduki carta nombor satu pawagam selama 22 hari berturut-turut meskipun berdepan dengan persaingan filem antarabangsa berskala besar.
Momentum Papa Zola The Movie masih kekal kukuh meskipun telah memasuki minggu ketiga tayangan dengan kehadiran penonton yang konsisten dari hari ke hari, didorong sokongan penonton tempatan serta perbualan organik yang terus berkembang dalam media sosial.
Melihat kepada sambutan yang berterusan ini, Papa Zola The Movie dijangka terus mencatat kutipan positif sepanjang tempoh musim cuti sekolah ketika ini.
Filem animasi ini juga bakal melebarkan sayap ke peringkat antarabangsa apabila dijangka memasuki panggung antarabangsa bermula 23 Januari ini di Indonesia.
Bukan itu sahaja, Papa Zola The Movie turut dijangka menemui penonton di India, Vietnam dan pasaran timur tengah serta Turki pada April tahun ini.
Topic Berkaitan
#Papa Zola The Movie
#Astro Shaw
#Papa Zola masuk pawagam Indonesia
#filem animasi terbitan Monsta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan