ABU DHABI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) keluarkan amaran mengenai peningkatan varian COVID-19 Omicron di negara itu pada minggu terakhir tahun ini.

Putera Mahkota Sheikh Mohammed Zayed, juga mendedahkan beban kes harian UAE meningkat 37 kali ganda, sejak varian itu dikesan.

"Semua orang mungkin tahu bahawa koronavirus datang dalam gelombang, terima kasih kepada Tuhan, gelombang ini adalah yang paling lemah dan paling tidak membawa maut kepada manusia, tetapi ia adalah yang paling biasa dan paling cepat merebak.

"Bilangan jangkitan boleh meningkat kerana penyebaran lebih cepat. Adalah disyorkan untuk menyelamatkan diri kita, keluarga kita dan ibu bapa kita serta menjaga penjarakan fizikal," katanya.

Kementerian Kesihatan UAE mengumumkan, pada Rabu terdapat 2,234 kes COVID-19 baharu disahkan dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Kementerian menambah, tiada lagi kematian berkaitan virus itu direkodkan, dengan jumlah kematian di negara ini kekal 2,160.

Pihak berkuasa Emirati telah melaporkan beberapa kemasukan ke hospital setiap hari dalam kalangan hampir 10 juta penduduk UAE, di mana lebih 90 peratus daripadanya telah divaksin sepenuhnya.

COVID-19 | UAE beri amaran peningkatan varian Omicron