awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Varian Omicron sumbang 95.4% kes di AS

Astro Awani
Astro Awani
05/01/2022
00:46 MYT
COVID-19: Varian Omicron sumbang 95.4% kes di AS
Papan tanda mengingatkan orang ramai supaya berjaga-jaga dan melindungi diri daripada jangkitan COVID-19 dilihat di Time Square, New York. - Foto REUTERS
ATLANTA: Pusat Kawalan Penyakit dan Pencegahan Amerika Syarikat (CDC) anggarkan varian Omicron menyumbang 95.4 peratus kes di negara itu sehingga 1 Januari.
Varian berkenaan menular sejak dikesan pada 1 Disember dan mencetus gelombang jangkitan baharu hingga menyebabkan negara itu melepasi angka jangkitan sejuta kes.
Menurut CDC, varian dikesan menyumbang kepada 77 peratus kes pada hujung minggu 25 Disember.
Ia merupakan peningkatan daripada 58.6 peratus yang dijangka sebelumnya.
CDC minggu lalu kurangkan jangkaan kes Omicron pada tempoh 18 Disember ke 22 Disember daripada 73 peratus.
Ia merujuk data dan kelainan akibat penularan varian tersebut.
Sementara itu, varian Delta kini menyumbang 4.6 peratus daripada keseluruhan kes di Amerika Syarikat setakat 1 Januari.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Omicron
#Delta
#gelombang jangkitan baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan