awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: WHO beri amaran peningkatan kes terutama di Hemisfera Utara

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2020
00:38 MYT
COVID-19: WHO beri amaran peningkatan kes terutama di Hemisfera Utara
Tedros bercakap pada satu sidang media anjuran Pertubuhan Koresponden PBB Geneva di tengah penularan COVID-19 di ibu pejabat WHO, Geneva, Switzerland, 3 Julai, 2020. REUTERS/Fail
KETUA Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr Tedros Adhanom Gabreyesus memberi amaran kepada negara di Hemisfera Utara yang kini berada dalam keadaan kritikal berdepan pandemik COVID-19 dengan kes jangkitan dan kematian yang kian meningkat.
Jelasnya, beberapa bulan akan datang merupakan waktu yang sangat getir bagi beberapa negara di kawasan itu.
"Kita berada pada tahap kritikal dalam pandemik ini, terutamanya di Hemisfera Utara. Beberapa bulan akan datang akan jadi sangat rumit dan beberapa negara berada dalam keadaan bahaya.
"Terlalu banyak negara sedang mencatatkan peningkatan kes, membawa kepada isu kekurangan katil dan unit rawatan rapi (ICU) di hospital.
"Kita baru dalam bulan Oktober. Kita mengharapkan pemimpin setiap negara mengambil langkah segera bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa, perkhidmatan kesihatan yang lumpuh dan penutupan sekolah," katanya pada sidang media di Geneva pada Jumaat.
Ketua teknikal WHO, Maria Van Kerkhove memaklumkan, daripada 445,000 kes COVID-19 direkodkan agensi kesihatan PBB dalam tempoh 24 jam lalu, hampir separuh daripadanya adalah dari negara di Eropah.
Beliau turut memberi amaran, banyak hospital kini kekurangan katil dan keperluan di ICU, ditambah pula dengan musim influenza yang memburukkan lagi keadaan.
"Kapasiti ICU akan mencapai tahap maksimum dalam beberapa minggu akan datang."
Topic Berkaitan
#WHO
#COVID-19
#jangkitan
#kes positif
#kematian
#Tedros Adhanom Gabreyesus
#koronavirus
#kritikal
#pandemik
#Hospital
#ICU
#hemisfera utara
#katil hospital
#Maria Van Kerkhove
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan