awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Misi Kemanusiaan GSF 2.0 dijangka dilancar pertengahan tahun ini - Sani Araby
Rasuah tender perolehan Tentera Darat: 26 syarikat kini disiasat SPRM
Mekanisme latihan, perlindungan sosial pekerja gig sedang diperhalusi - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: WHO tuduh negara kaya bersikap 'nasionalisme vaksin'

Astro Awani
Astro Awani
26/01/2021
23:42 MYT
COVID-19: WHO tuduh negara kaya bersikap 'nasionalisme vaksin'
Tedros mengulangi cabaran kepada dunia agar memastikan vaksinasi dijalankan terhadap pekerja kesihatan dan golongan tua dalam 100 hari pertama tahun ini. - Gambar fail
PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menuduh negara-negara kaya mengamalkan 'nasionalisme vaksin'.
Ketua Pengarah WHO Dr Tedros Adhanom Grebeyesus menggesa mereka memastikan vaksin koronavirus juga tersedia secara meluas untuk negara-negara miskin.
Tegasnya pada Selasa, adalah penting untuk semua negara menyokong kesaksamaan vaksin.
"Ketika ini, negara-negara kaya mengeluarkan vaksin, sementara negara-negara yang paling kurang membangun hanya tunggu dan lihat.
"Setiap hari, jurang semakin besar antara negara yang kaya dan negara yang miskin.
"Seperti yang saya katakan pada Isnin, dunia menghadapi kegagalan moral yang dahsyat jika ia tidak melaksanakan apa yang dikatakan berhubung kesaksamaan vaksin."
Tambahnya, jika amalan nasionalisme vaksin itu diteruskan, kajian menunjukkan ekonomi dunia terpaksa berbelanja sehingga beberapa trilion dolar, kira-kira separuh daripada ekonomi negara kaya.
Tedros turut mengulangi cabaran kepada dunia agar memastikan vaksinasi dijalankan terhadap pekerja kesihatan dan golongan tua dalam 100 hari pertama tahun ini.
Topic Berkaitan
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#COVID-19
#WHO
#kesihatan
#ekonomi
#koronavirus
#vaksin
#negara kaya
#Pekerja kesihatan
#warga tua
#vaksinasi
#negara miskin
#nasionalisme vaksin
#kesaksamaan vaksin
#kegagalan moral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan