awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gempa bumi kuat landa rantau kepulauan Filipina
OPPO Reno15 Series 5G tampil gaya hidup trendy Gen Z
Jadual padat hari kedua lawatan rasmi PM Anwar ke Turkiye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Mekanisme latihan, perlindungan sosial pekerja gig sedang diperhalusi - Ramanan

Bernama
Bernama
05/01/2026
12:45 MYT
Mekanisme latihan, perlindungan sosial pekerja gig sedang diperhalusi - Ramanan
Ramanan berkata langkah itu selari dengan Amanat Tahun Baharu 2026 Anwar yang menegaskan keperluan memastikan pembangunan ekonomi negara diterjemahkan kepada manfaat langsung kepada rakyat. - Gambar fail/Bernama
PUTRAJAYA: Mekanisme pembiayaan latihan kemahiran dan perlindungan jaringan sosial bagi pekerja gig e-hailing dan p-hailing sedang diperhalusi dan akan diumumkan kelak, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.

Ringkasan AI
  • Mekanisme pembiayaan latihan kemahiran dan perlindungan jaringan sosial untuk pekerja gig e-hailing dan p-hailing bakal diumumkan kelak, berdasarkan kenyataan Menteri Sumber Manusia Datuk Seri R. Ramanan.
  • Langkah ini sejajar dengan Amanat Tahun Baharu 2026 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan pembangunan ekonomi negara memberi manfaat langsung kepada rakyat, terutama pekerja.
  • Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) juga menyokong Arahan Bayaran Ansuran CP500 bagi kesilapan tidak disengajakan dalam pengisian maklumat pendapatan, sambil menegaskan pentingnya pematuhan cukai untuk menyokong bantuan kewangan dan kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata langkah itu adalah selari dengan Amanat Tahun Baharu 2026 Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menegaskan keperluan memastikan pembangunan ekonomi negara diterjemahkan kepada manfaat langsung kepada rakyat, khususnya golongan pekerja.
Ramanan berkata peruntukan tambahan RM100 juta bagi tujuan tersebut menerusi Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap realiti ekonomi baharu.
"Langkah ini jelas mengiktiraf sumbangan besar sektor gig yang menjadi tulang belakang mobiliti dan ekonomi harian pekerja gig ini," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau turut berkata Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) menyokong pelaksanaan kelonggaran sementara berkaitan Arahan Bayaran Ansuran CP500 bagi kes kesilapan tidak disengajakan dalam pengisian maklumat pendapatan, sambil menegaskan bahawa pematuhan cukai kekal menjadi tanggungjawab semua pihak.
"Tanggungjawab membayar cukai tetap perlu dipatuhi demi menyokong usaha kerajaan menambah baik bantuan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA) serta peningkatan kesejahteraan rakyat," katanya.
Ramanan turut menyatakan komitmen KESUMA untuk menyokong pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan lain yang diumumkan dalam amanat berkenaan, termasuk pemberian SARA bermula 9 Feb, pembayaran STR 2026 Fasa Satu mulai 20 Jan, peruntukan bagi penambahbaikan kemudahan pendidikan serta pengurangan cukai perkhidmatan sewaan kepada enam peratus.
Beliau berkata KESUMA akan melaksanakan amanah Kerajaan MADANI dengan memastikan setiap inisiatif yang digariskan memberi impak sebenar kepada pekerja, keluarga dan rakyat secara keseluruhan.
"Kementerian ini akan terus menyokong pelaksanaan dasar yang berteraskan kebajikan, keterangkuman dan keadilan sosial bagi memastikan tiada golongan yang tercicir dalam arus pembangunan negara," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KESUMA
#pekerja gig
#jaringan sosial
#ekonomi baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan