awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19 : 533 kes baharu di Singapura jadikan keseluruhan 32,876

Bernama
Bernama
27/05/2020
10:11 MYT
COVID-19 : 533 kes baharu di Singapura jadikan keseluruhan 32,876
Sehingga semalam, 585 kes yang disahkan masih berada di hospital, dengan lapan dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, manakala 23 telah meninggal dunia akibat COVID-19 di Singapura.
Singapura dalam laporan awal mereka hari ini mengesahkan 533 lagi kes baru jangkitan COVID-19 dan menjadikan jumlah keseluruhan di republik itu kepada 32,876 kes, dengan kira-kira 50 peratus daripada pesakit telah pulih sepenuhnya pada Selasa.
Kes baru yang dilaporkan itu hanya melibatkan tiga warganegara Singapura atau penduduk tetap, manakala yang lainnya melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama pekerja, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Singapura di sini, pada Rabu.
Kementerian itu menyatakan mereka masih berusaha untuk mendapatkan butiran penuh kes baru itu dan akan diumumkan kemudian.
Data yang disiarkan pada lewat Selasa, menunjukkan Singapura mengklasifikasikan 1,670 sebagai kes komuniti, 580 kes import, dan 30,093 melibatkan pekerja yang tinggal di asrama pekerja.
Sehingga semalam, 585 kes yang disahkan masih berada di hospital, dengan lapan dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, manakala 23 telah meninggal dunia.
Kementerian itu berkata, 15,291 pesakit yang menunjukkan gejala ringan, atau sihat secara klinikal tetapi disahkan positif COVID-19, telah diasingkan dan dipantau di pusat komuniti.
Tiada kluster baru dikesan semalam, manakala kluster terbesar di republik itu iaitu, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai 2,683 kes yang disahkan.
Manakala asrama pekerja terbesar di Singapura iaitu Sungei Tengah Lodge, di 500, jalan Old Choa Chu Kang, mempunyai 1,956 kes yang disahkan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan
#Old Choa Chu Kang
#S11 Dormitory Punggol
#Singapura
#Sungei Tengah Lodge
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan