awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
Op Sapu: Imigresen tahan 10 warga China di Labuan
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka kematian melebihi 113,000 di seluruh dunia

Agensi
Agensi
12/04/2020
23:00 MYT
COVID-19: Angka kematian melebihi 113,000 di seluruh dunia
AS kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan wabak itu apabila merekodkan 550,016 kes. - Gambar Astro AWANI
ANGKA kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan mencatatkan jumlah kumulatif 113,362 pada pagi Isnin.
Menurut data daripada Johns Hopkins University, terdapat peningkatan lebih 5,000 kematian dalam tempoh 24 jam.
Amerika Syarikat (AS) kini menjadi negara paling tinggi angka korban melepasi Itali apabila menjadi satu-satunya negara yang mempunyai angka kematian melebihi 21,000 orang.
Itali pula di kedudukan kedua dengan kematian menghampiri 20,000 orang.
Sepanyol menjadi negara ketiga mempunyai kematian tertinggi iaitu 17,113.
Sementara itu, Perancis mencatatkan kes kematian sebanyak 14,412 manakala jumlah di Britain buat pertama kalinya melepasi 10,000 mangsa.
Dalam pada itu, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini menghampiri 1.9 juta orang.
Ia mencatatkan pertambahan melebihi 80,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Lima negara mempunyai kes positif COVID-19 melebihi angka 100,000.
AS kekal menjadi negara paling teruk terjejas dengan wabak itu apabila merekodkan 550,016 kes.
Ia diikuti Sepanyol dan Itali apabila masing-masing mencatatkan 166,127 dan 156,363 kes secara keseluruhan.
Manakala Perancis dan Jerman berada di kedudukan keempat dan kelima dengan mencatatkan angka jangkitan kes positif sebanyak 133,669 dan 127,459 kes.
Sementara Britain mengatasi China untuk berada di kedudukan keenam dengan lebih 85 ribu kes positif.
Manakala China hanya mencatatkan pertambahan 120 kes untuk berada di kedudukan ketujuh dengan 83,134 kes.
Topic Berkaitan
#angka kematian
#AS
#Britain
#China
#COVID-19
#Itali
#mangsa
#negara paling teruk terjejas
#sepanyol
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan