Skip to main content

Dunia

COVID-19: Angka korban global meningkat 3,000 dalam tempoh 24 jam

41587505783_ParqueTarumacemete.jpg
41587505783_ParqueTarumacemete.jpg
Advertisement
ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat sebanyak 3,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 284,000 kes.

Menurut statistik dari Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara merekodkan kematian tertinggi dan melepasi 80,000 kes.



United Kingdom (UK) dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga angka kematian dengan masing-masing mencatatkan 32,000 dan 30,000 kes.

Manakala negara keempat dan kelima ialah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 26,000 kes.

Negara lain merekodkan angka maut COVID-19 bawah 12,000 kes.

Must Watch Video

Advertisement