awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor tumpu usaha perkukuh komitmen jangka panjang ByteDance - Onn Hafiz
[KOLUMNIS] Serangan terhadap Venezuela: Satu pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa oleh AS untuk kesekian kalinya?
Bintang filem Korea Selatan, Ahn Sung-ki meninggal dunia pada usia 74 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka korban sebenar di AS boleh cecah 900,000 - Fauci

Bernama
Bernama
10/05/2021
04:34 MYT
COVID-19: Angka korban sebenar di AS boleh cecah 900,000 - Fauci
Sejak pandemik global bermula Mac 2020, AS muncul negara paling teruk diancam berbanding negara lain. - Foto AP/John Locher
WASHINGTON: Pakar penyakit berjangkit terkemuka Amerika Syarikat (AS) Anthony Fauci mengatakan jumlah kematian COVID-19 di AS adalah lebih ramai berbanding angka yang dilaporkan secara rasmi, lapor Sputnik.
"Kadang-kadang kiraannya tepat, kadang-kadang tidak," kata Fauci, yang juga Pengarah Institut Alahan dan Penyakit Berjangkit Negara, di "Meet the Press" NBC pada Ahad.
Menurut Universiti Johns Hopkins, terdapat lebih 581,700 kematian akibat COVID-19 di AS.
Sementara itu Fauci berkata AS mungkin telah "tersalah kira" dan jumlahnya lebih tinggi.
Fauci memetik analisis 6 Mei dari Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan Washington (IHME), menunjukkan angka kematian COVID-19 kira-kira 900,000.
Sejak pandemik global bermula Mac 2020, AS muncul negara paling teruk diancam berbanding negara lain, dengan lebih 32.7 juta rakyatnya telah dijangkiti.
Bulan lalu, Fauci memberi amaran AS berada di ambang gelombang jangkitan baharu berpunca daripada sikap rakyat AS yang mengambil mudah pemakaian pelitup muka dan penjarakan sosial kerana beranggapan negara itu telah melepasi sasaran vaksinasi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Amerika Syarikat
#Anthony Fauci
#jumlah kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan