awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Angka korban seluruh dunia hampiri 11,500

Bernama
Bernama
21/03/2020
21:03 MYT
COVID-19: Angka korban seluruh dunia hampiri 11,500
Pejalan kaki, seorang memakai topeng penutup hidung dan mulut, seorang tidak, melintasi Reserve Bank of Australia di Sydney, 19 Mac, 2020. (Foto AP)
Ketika jumlah kematian global sudah menghampiri 11,500 orang, pegawai kesihatan seluruh dunia mengumumkan kes baharu COVID-17 terus bertambah, lapor agensi berita Anadolu.
Negara yang mencatat kematian tertinggi adalah Itali dengan 4,032 maut setakat ini (7 petang Sabtu waktu Malaysia), selepas mengatasi angka korban yang dicatatkan China pada minggu ini.
Tanah Besar China, tempat wabak itu mula dikesan pada Disember lalu, di tempat kedua dengan 3,255 orang. Iran sehingga kini melaporkan 1,433 kematian.
Australia melaporkan jumlah kes COVID-19 meningkat kepada 1,051, apabila menyatakan, 300 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.
BACA: Dapatkan data terkini COVID-19 di sini.
Menteri Kesihatan Singapura, Gan Kim Yong, berkata jumlah kes di negara itu meningkat kepada 385 selain melaporkan dua kematian membabitkan wanita tempatan berusia 75 tahun dan seorang warga Indonesia.
Pegawai Kesihatan Maghribi berkata, jumlah kes di negara itu naik kepada 86 termasuk tujuh orang yang baru pulang dari luar negara.
Pada Jumaat, Maghribi mengisytiharkan darurat ekoran penularan wabak berkenaan.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Paraguay mengumumkan menerusi Twitter, seorang lelaki 69 tahun meninggal dunia akibat wabak itu selepas mendapat rawatan di unit rawatan rapi.
Media tempatan melaporkan, jumlah kes di negara itu adalah 18.
Presiden Mario Abdo Benitez mengumumkan tempoh kurantin bermula 10 Mac hingga 4 April dilanjutkan sehingga 12 April.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#angka korban
#Australia
#China
#COVID-19
#Dunia
#Itali
#koronavirus
#Paraguay
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan