DUNIA
COVID-19: Angka korban seluruh dunia melepasi 282,000

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 282,000 kes. -Gambar fail
ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dalam tempoh 24 jam.
Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melepasi angka 282,000 kes.
Menurut statistik dari Johns Hopkins University, tiga negara kini melepasi angka 30,000.
Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan angka korban tertinggi dan menghampiri 80,000 kes.

Kes kematian di United Kingdom menghampiri angka 32,000.
Negara di kedudukan ketiga dan keempat adalah Itali dan Sepanyol dengan masing-masing mencatatkan 30,560 dan 26,621 kes.
Seterusnya negara kelima adalah Perancis dengan jumlah 26,313 kes kematian.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami