awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
Thaipusam: Keputusan hentikan muzik pada 11 malam dibuat atas sebab keselamatan - LWHPP
Hasrat Zii Jia beraksi di All England 2026 tidak kesampaian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Benua Afrika terdesak, perlu vaksin dan dana - IMF

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2021
23:07 MYT
COVID-19: Benua Afrika terdesak, perlu vaksin dan dana - IMF
Kristalina Georgieva, Pengarah Urusan IMF. - Gambar fail REUTERS
NEGARA di benua Afrika memerlukan bekalan vaksin dan bantuan kewangan pada kadar segera.
Perkara ini disuarakan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) ketika benua itu berdepan kemungkinan jangkitan COVID-19 melepasi kadar tertinggi dalam tempoh beberapa hari sahaja.
Menurut Pengarah Urusan IMF Kristalina Georgieva, antara yang paling terjejas adalah kawasan sub-Sahara, dengan kadar vaksinasi terendah di dunia, iaitu hanya 1 peratus daripada populasinya.
Dalam kenyataan bersama pengarah Jabatan Afrika IMF Abebe Selassie menerusi blog beliau, Georgieva berkata, sistem kesihatan kawasan itu sekali lagi berdepan risiko lumpuh, tanpa tindakan segera.
"Tanpa bantuan antarabangsa yang signifikan dan segera, dan tanpa usaha vaksinasi yang berkesan yang menyeluruh, benua itu berdepan gelombang jangkitan berulang.
"Ia akan meningkatkan jumlah kematian, menambah risiko kemunculan varian baharu, melumpuhkan pelaburan, produktiviti dan pertumbuhan.
"Ringkasnya, tanpa bantuan, rantau ini berdepan risiko ditinggalkan lebih jauh," katanya.
Sehubungan itu, IMF mendesak negara berkemampuan untuk berkongsi bekalan vaksin dengan Afrika menerusi inisiatif COVAX.
Pengeluar vaksin pula disaran menghantar bekalan ke Afrika.
Kesatuan Afrika (AU) kini memerlukan dana ASD2 bilion untuk membolehkannya membeli 180 juta dos vaksin.
IMF turut mendesak larangan sekatan bahan mentah dan vaksin dibatalkan, bagi membolehkan Afrika Selatan dan India mencapai kadar pengeluaran maksimum.
Topic Berkaitan
#IMF
#Kristalina Georgieva
#kawasan Sub Sahara
#kadar vaksinasi terendah
#populasi
#vaksin
#kewangan
#Tabung Kewangan Antarabangsa
#COVID-19
#jumlah kematian
#Afrika Selatan
#jangkitan
#COVAX
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan