Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 28 September 2026.

  1. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali meninggal dunia di IJN - Mokhzani

    Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pagi Isnin.

  2. Istiadat Pengebumian Pembesar Negara kepada Almarhum Tun Dr Siti Hasmah - PM Anwar

    Negara akan terus mengenang sosok keibuan serta menghargai jasa dan sumbangan Almarhumah sepanjang hayatnya.

  3. Kes Zayn Rayyan: Mahkamah Tinggi tolak rayuan Ismanira ketepi hukuman penjara

    Mahkamah Tinggi menolak permohonan rayuan Ismanira Abdul Manaf bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara lima tahun kerana mengabaikan anaknya, Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, sehingga menyebabkan kecederaan fizikal, tiga tahun lepas.

  4. Permohonan injunksi Mareva 1MDB terhadap Rosmah didengar, diputuskan 7 Jan tahun depan

    Mahkamah Tinggi menetapkan 7 Jan tahun depan untuk mendengar permohonan injunksi Mareva yang difailkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain terhadap Datin Seri Rosmah Mansor.

  5. Menteri Kabinet rakam ucapan takziah atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah

    Menteri Kabinet merakamkan ucapan takziah kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan keluarga atas pemergian Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

  6. Pemergian Tun Dr Siti Hasmah: Diam seorang suami, beratnya sebuah perpisahan

    Di sebalik ketegasan seorang negarawan yang pernah menerajui negara selama puluhan tahun, terserlah sisi seorang suami yang sedang menanggung kehilangan paling besar dalam hidupnya.

  7. [BELASUNGKAWA] Tun Dr Siti Hasmah: Lambang wanita berbudi, bunga bangsa yang tidak terganti

    Negara berduka. Dengan pemergian Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Malaysia bukan sahaja kehilangan seorang tokoh wanita yang disegani, tetapi turut kehilangan sebutir mutiara bangsa yang selama ini menghiasi perjalanan negara dengan budi pekerti, kebijaksanaan dan kasih sayang yang tiada batas.

  8. 518 kes idea, cubaan bunuh diri diselamatkan melalui Talian HEAL 15555 - Dzulkefly 

    Sebanyak 518 kes krisis tingkah laku bunuh diri yang meliputi idea bunuh diri dan cubaan bunuh diri telah diselamatkan melalui Talian Krisis Kesihatan Mental Kebangsaan atau Talian HEAL 15555 sejak kira-kira empat tahun lepas hingga kini.

  9. Kerajaan nafi layanan berbeza dalam tindakan terhadap isu ajaran bercanggah akidah 

    Kerajaan menafikan dakwaan wujud amalan layanan berbeza dalam mengambil tindakan terhadap ajaran yang didakwa menyeleweng daripada akidah Islam, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Hasan.

  10. PAC syor tambah baik tatakelola kewangan, pengurusan pelaburan UiTM Holdings pada 2024 

    Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan penambahbaikan terperinci berkaitan tatakelola kewangan dan pengurusan pelaburan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Holdings Sdn Bhd kepada Kementerian Pendidikan Tinggi serta pentadbiran UiTM pada 2024.

     

Must Watch Video

Advertisement