awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Juara Hoki Remaja MADANI berpeluang 'berguru' di Pakistan
Remaja lelaki 14 tahun maut jatuh lubang pembentung
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Brazil lancar pelan darurat, sedia lebih banyak kawasan perkuburan

Bernama
Bernama
24/04/2020
04:48 MYT
COVID-19: Brazil lancar pelan darurat, sedia lebih banyak kawasan perkuburan
Pengebumian besar-besaran pesakit COVID-29 yang meninggal dunia dilakukan di tanah perkuburan Parque Taruma di Manaus, Brazil, 23 April, 2020. REUTERS
Datuk Bandar Sao Paulo pada Khamis melancarkan pelan darurat untuk mewujudkan ribuan lagi tapak perkuburan berikutan dijangka lebih banyak kematian akan dicatatkan di bandar itu disebabkan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.
"Kami tidak boleh alami situasi sama seperti yang terjadi di Guayaquil, di Ecuador atau New York di Amerika Syarikat," kata Bruno Covas merujuk kepada kekurangan tempat menyimpan mayat.
Sasaran untuk menggali 13,000 kubur dan memperluas keupayaan operasi perkhidmatan pengebumian, katanya.
Sao Paulo, menjadi pusat penularan wabak, mencatatkan hampir 1,000 kematian dalam sebulan.
"Kemampuan hospital hanya 70 peratus, sebab itu kita mesti bersiap sedia untuk menghadapi tempoh pandemik yang terburuk di bandar kita," kata Covas.
BACA: Angka kematian meningkat, pihak berkuasa Brazil gali kubur besar
Jumlah kakitangan di tanah perkuburan juga dipertingkatkan daripada seramai 240 orang sehari sehingga 400 orang selain membeli 15,000 lagi beg untuk mengisi mayat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bruno Covas
#COVID-19
#darurat
#Datuk Bandar
#Ecuador
#gali kubur
#Guayaquil
#kematian
#kubur
#mayat
#New York
#pandemik
#pengebumian
#Sao Paulo
#tempat menyimpan mayat
#wabak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan