awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Britain luluskan rawatan berasaskan terapi antibodi

Astro Awani
Astro Awani
18/03/2022
00:40 MYT
COVID-19: Britain luluskan rawatan berasaskan terapi antibodi
Suntikan antibodi jenama Evusheld didapati mampu mengurangkan risiko mendapat gejala COVID-19 berdasakan 77 peratus dalam kajian. - Foto AstraZeneca
LONDON: Agensi pengawal selia ubat-ubatan Britain meluluskan rawatan COVID-19 berasaskan terapi antibodi keluaran AstraZeneca bagi individu dewasa dengan tindak balas imun lemah.
Ini merupakan usaha terbaharu dalam memerangi pandemik COVID-19 pada ketika peningkatan kes global secara drastik.
Menurut Agensi Kawal Selia Ubat dan Produk Penjagaan Kesihatan (MHRA), keputusan untuk meluluskan rawatan tersebut disahkan oleh badan penasihat saintifik bebas kerajaan selepas menyemak bukti.
MHRA turut memaklumkan suntikan antibodi jenama Evusheld didapati mampu mengurangkan risiko mendapat gejala COVID-19 berdasakan 77 peratus dalam kajian.
Malah dengan satu dos, ia mampu bertahan sehingga enam bulan.
Sebelum ini ia sudah diluluskan di Amerika Syarikat terhadap mereka yang mempunyai sistem imun lemah atau mempunyai sejarah mengalami kesan sampingan teruk akibat vaksin COVID-19.
Bagaimanapun, rawatan yang menggunakan kaedah suntikan intra-otot tidak boleh diberikan kepada orang yang dijangkiti COVID-19 atau individu yang terdedah kepada seseorang yang dijangkiti.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebelum ini memaklumkan angka ketika ini menunjukkan peningkatan kes COVID-19 secara global dan ia boleh menandakan permasalahan yang lebih besar.
Beberapa negara digesa untuk kekal waspada terutamanya negara yang menunjukkan kadar penurunan ujian saringan.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Evusheld
#rawatan
#antibodi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan