SINGAPURA: Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong berkata, COVID-19 mencetuskan tekanan hebat terhadap rakyat dan menyerlahkan lagi isu besar yang terpaksa ditangani republik itu, termasuk isu berkaitan kebimbangan rakyat terhadap kehadiran pekerja asing.
"Saya memahami kebimbangan dan masalah ini. Kerajaan sedang menanganinya. Kita perlu menyesuaikan dasar kita untuk menguruskan kualiti, jumlah dan konsentrasi warga asing di Singapura," kata Lee dalam Perutusan Hari Kebangsaan 2021, pada Ahad.
"Jika kita dapat menanganinya dengan baik, kita boleh terus mengalu-alukan kehadiran pekerja asing dan imigran baharu, seperti sepatutnya," katanya.
Menurut Lee, menoleh ke kebelakang adalah suatu yang bertentangan dengan kepentingan asas Singapura.
"Ia akan menghakis kedudukan Singapura sebagai hab global dan serantau. Ia menyebabkan kita kehilangan peluang dan pekerjaan.
"Malah, ia bertentangan dengan nilai keterbukaan dan kesediaan kita menerima mereka yang berbeza dengan kita.
"Pemegang pas kerja membantu ekonomi kita serta mencipta lebih banyak peluang untuk kita.
"Apabila kita menggabungkan tenaga kerja kita dengan kemahiran dari seluruh dunia, maka lebih banyak syarikat akan melabur di sini dan ia mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat Singapura.
"Keadaan tidak menentu akibat COVID-19 ini memburukkan kebimbangan ini. Pemegang pas kerja mengukuhkan lagi pasukan, tetapi ia juga mungkin bersaing secara langsung dengan pekerja tempatan.
"Adakalanya warga Singapura berasa mereka tidak mendapat layanan adil, contohnya apabila mereka tidak mendapat peluang kerja atau tidak dinaikkan pangkat.
"Di luar tempat kerja, dari semasa ke semasa timbul pergeseran sosial, kerana sesetengah pemegang pas kerja dan keluarga mereka, tidak dapat mengadaptasi sepenuhnya norma sosial kita, tidak benar-benar dapat bertintegrasi dalam masyarakat," katanya sambil menambah, kebimbangan rakyat Singapura berhubung perkara ini perlu ditangani.
Selain kebimbangan terhadap kehadiran ramai pemegang pas kerja, perdana menteri turut menyentuh aspek kadar gaji rendah selain isu kaum dan agama, dua perkara yang perlu segera ditangani republik itu.
"Usaha kita membina negara berlangsung sejak sekian lama, tetapi perjalanan ini kita perlu teruskan. Dari semasa ke semasa, krisis baharu akan muncul untuk menguji kekentalan dan perpaduan kita.
"Bagaimanapun, COVID-19 membuktikan kita boleh berdepan wabak itu dengan keazaman dan kesungguhan serta kekal menjadi rakyat yang bersatu padu," kata Lee.
Lee yakin Singapura mampu terus melangkah maju membina masyarakat yang lebih harmoni, meraih kemakmuran ekonomi lebih hebat dan menjadi negara yang lebih berjaya untuk generasi akan datang.
Mengulas mengenai kemajuan kempen vaksinasi COVID-19 Singapura, Lee berkata republik itu kini memberikan suntikan kepada 1.0 peratus daripada keseluruhan penduduk setiap hari dengan lebih daripada dua pertiga penduduknya sudah pun mendapat dos lengkap.
"Semakin ramai penduduk kita sekarang lebih terlindung. Kita berada di kedudukan lebih teguh. Kita sekarang boleh merangka untuk membuka semula ekonomi selangkah demi selangkah, secara berhati-hati. Inilah caranya untuk kita mampu melangkah untuk berdepan dengan kebiasaan baharu," katanya.
Setakat 12 tengah hari 7 Ogos, Singapura merekodkan 65,686 kes COVID-19 dengan 42 kematian.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Aug 08 2021
Lee yakin Singapura mampu terus melangkah maju membina masyarakat yang lebih harmoni. - BERNAMA
'Cukup sekadar boikot, jangan ganas dan melampau' - Na’im Mokhtar
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar, menyarankan semua pihak agar sentiasa menjaga keharmonian dan perpaduan dalam bersolidariti kepada rakyat Palestin.
[TERKINI] Perkembangan terkini perang Iran-Israel
Mahkamah beri masa sebulan Yasin lantik peguam
Mahkamah Tinggi memberi masa sebulan kepada Yasin Sulaiman untuk melantik peguam bagi prosiding rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasannya.
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Buang beras, tepung di tapak pelupusan sampah, bekas MP tampil beri penjelasan
Tular satu rakaman yang memaparkan puluhan kampit beras, tepung dan sardin dibuang di tapak pelupusan sampah berdekatan laluan pintasan Rumpun Makmur, Kampung Gunung Senyum, Temerloh, Pahang.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen
Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah pada Khamis.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.