awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Gunung Etna meletus, abu tebal cetus amaran penerbangan
Polis Delhi tahan ratusan individu dalam operasi keselamatan menjelang Tahun Baharu
Iran sedia berdepan ‘perang habis-habisan' dengan Barat - Presiden Masoud Pezeshkian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Doktor Perancis beri amaran kes ICU makin meningkat

Astro Awani
Astro Awani
28/03/2021
23:26 MYT
COVID-19: Doktor Perancis beri amaran kes ICU makin meningkat
Orang ramai dilihat menikmati sinaran matahari di tepi Sungai Seine tanpa melakukan penjarakan fizikal. - Foto REUTERS/Christian Hartmann
PARIS: Jumlah pesakit COVID-19 di unit rawatan rapi Perancis meningkat mendadak, sekali gus menjadikannya rekod tertinggi tahun ini.
Para doktor memberi amaran bahawa gelombang jangkitan ketiga akan menyebabkan hospital berada dalam keadaan tertekan.
Terdapat 4,872 pesakit dalam unit kecemasan rapi (ICU) akibat COVID-19, angka yang hampir kepada puncak wabak pada bulan November semasa gelombang kedua.
Paras tertinggi adalah sebanyak 7,000 pesakit di ICU pada April tahun lalu.
Jumlah jangkitan kes baharu pula merekodkan lebih 37,000 di Perancis.
Sekumpulan 41 doktor hospital di wilayah Paris menandatangani artikel di surat kabar Le Journal du Dimanche yang memberi amaran bahawa mereka mungkin terpaksa memilih pesakit untuk mendapatkan rawatan kecemasan.
Para saintis berpendapat bahawa langkah-langkah penutupan separa kerajaan yang mensasarkan zon jangkitan tinggi seperti Paris tidak mencukupi untuk menghadapi varian COVID-19 yang pantas tersebar.
Presiden Perancis Emmanuel Macron minggu lalu mempertahankan keputusannya untuk tidak melakukan penutupan ketiga sepenuhnya dan untuk terus membuka sekolah.
Kerajaan juga berusaha untuk mempercepat kempen vaksinasi yang tertangguh susulan masalah kekurangan bekalan vaksin AstraZeneca.
Sehingga Ahad, hampir 7.8 juta orang telah menerima dos vaksin pertama di Perancis, kata Kementerian Kesihatan.
Ia juga melaporkan 131 kematian berkaitan dengan virus itu, menjadikan jumlah korban hampir 95,000, yang kelapan tertinggi di dunia.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#ICU
#varian baharu
#Hospital
#Emmanuel Macron
#Paris
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan