awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: EU luluskan vaksin Pfizer-Biontech

Astro Awani
Astro Awani
21/12/2020
22:42 MYT
COVID-19: EU luluskan vaksin Pfizer-Biontech
Penghantaran vaksin dijangka bermula pada Sabtu ini, dengan program vaksinasi bermula di serata EU pada 27 Disember. - REUTERS
KESATUAN Eropah (EU) meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 buatan Pfizer-Biontech untuk 27 negara di blok berkenaan.
Suntikan pertama dijangka selepas Krismas dan EU melihat ia mampu memberikan satu permulaan baharu untuk 2021.
Keputusan EU dibuat hanya beberapa jam selepas Agensi Perubatan Eropah (EMA) mengumumkan vaksin berkenaan menepati piawaian keselamatan dan kualiti.
Penghantaran vaksin dijangka bermula pada Sabtu ini, dengan program vaksinasi bermula di serata EU pada 27 Disember.
“Seperti yang selalu dikatakan sepanjang pandemik ini, kita menghadapinya bersama.
"Justeru, vaksinasi boleh bermula pada masa yang sama dengan vaksinasi Kesatuan Eropah pada 27, 28 dan 29 Disember.
“Ini cara yang cukup baik untuk mengakhiri tahun ini yang amat perit dan akhirnya mengubah situasi COVID-19 ini,” kata Presiden Suruhanjaya Eropah Ursula Von Der Leyen.
Pada awalnya, EMA menetapkan 29 Disember untuk menilai vaksin tersebut.
Namun, ia diawalkan selepas tekanan daripada kerajaan Jerman dan lain-lain untuk bertindak lebih cepat.
Vaksin yang sama telah diluluskan di Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom, dengan program vaksinasi telah dilancarkan bagi petugas kesihatan dan golongan berisiko.
Topic Berkaitan
#EU
#United Kingdom
#COVID-19
#Kesatuan Eropah
#pandemik
#Jerman
#Pfizer-BioNTech
#Agensi Perubatan Eropah
#EMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan