DUNIA
COVID-19: Hubei rekod 1,933 kes jangkitan, 100 kematian baharu

Pekerja perubatan dalam sut perlindungan menyambut seorang pesakit di Pusat Persidangan dan Pameran Antarabangsa Wuhan, yang telah diubah menjadi hospital sementara bagi menerima pesakit yang mempunyai gejala ringan disebabkan COVID-19.
Wilayah Hubei, China mencatatkan 1,933 kes baharu COVID-19 dengan 100 lagi kematian pada Ahad.
Menurut pihak berkuasa kesihatan tempatan pada Isnin, jumlah kes baharu itu meningkat lima peratus daripada hari sebelumnya.
Bagaimanapun, jumlah kematian menurun daripada 139 pada Sabtu.
Hampir 90 peratus daripada kes baharu itu datang dari bandar Wuhan, di mana virus tersebut mula dikesan.
Suruhanjaya Kesihatan Hubei berkata jumlah kes di wilayah itu telah merekodkan secara keseluruhannya sebanyak 58,182 kes jangkitan menjelang Ahad dengan 1,696 kematian.
Wilayah Hubei didakwa gagal menangani wabak tersebut dengan lebih awal sehingga menyebabkan penularan wabak yang merebak di hampir 30 negara di seluruh dunia.
Pada Ahad, Hubei mengumumkan langkah-langkah baharu untuk membendung wabak tersebut.
Bandar-bandar di Hubei diperintah menyekat laluan kenderaan persendirian dan pergerakan orang ramai di kampung serta bandar dikawal ketat.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami