Skip to main content

Dunia

COVID-19: 'Ini bukan latihan! Dunia perlu bertindak lebih agresif' - WHO

71581294925_TBTedrosAdhanomGheb.jpg
71581294925_TBTedrosAdhanomGheb.jpg

Advertisement

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa semua negara bertindak lebih agresif dalam usaha mengekang penularan wabak COVID-19.

Seruan itu dibuat susulan peningkatan angka jangkitan dan kematian mencecah 17 kali ganda diakibatkan oleh koronavirus itu di luar China setakat ini, lapor AP.

"Ini bukan latihan! Ini bukan masanya untuk beri alasan. Kini masanya untuk bertindak lebih agresif.

"Negara-negara di seluruh dunia telah sekian lama merancang senario seperti ini. Kini masa untuk melaksanakannya," kata Ketua Pengarah Tedros Adhanom Ghebreyesus pada taklimat harian di Geneva.

Pada Khamis, virus itu telah menjangkiti lebih 97,000 dan meragut nyawa lebih 3,300 mangsa. 











 

Must Watch Video

Advertisement