awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: IOC peruntuk AS$800 juta tangani kesan penangguhan Olimpik 2020

Astro Awani
Astro Awani
15/05/2020
01:30 MYT
COVID-19: IOC peruntuk AS$800 juta tangani kesan penangguhan Olimpik 2020
Pandemik COVID-19 menyebabkan temasya Olimpik 2020 yang dijadual November depan ditangguhkan ke Julai 2021. - Gambar fail
Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) memperuntukkan AS$800 juta sebagai bantuan kesan kewangan kritikal akibat penangguhan temasya Tokyo 2020.
IOC menjelaskan penganjur akan menerima AS$650 juta tahun ini selepas temasya ditunda kerana COVID-19.
Sementara baki AS$150 juta menurut Presiden IOC, Thomas Bach akan diberi sebagai bantuan kewangan kepada Persekutuan Sukan Antarabangsa dan Jawatankuasa Olimpik Nasional yang berdepan masalah aliran tunai.
“Krisis ini memberi kesan kewangan kritikal kepada dunia ke atas masyarakat, ke atas kerajaan dan juga Sukan Olimpik serta gerakan Olimpik keseluruhannya, khususnya IOC.
“Kami sudah mengadakan perbincangan mengenai kesan kewangan ini.
"Anda boleh bayangkan adalah tidak mudah merancang ketika waktu ini kerana ketidaktentuan yang berlaku dan tiada siapa yang mengetahui apa yang akan berlaku di masa depan,” katanya.
Sementara itu, kerajaan Switzerland juga mengumumkan persekutan sukan berpangkalan di negara itu kini boleh memohon pinjaman dari persekutuan.
Pandemik COVID-19 menyebabkan temasya Olimpik 2020 yang dijadual November depan ditangguhkan ke Julai 2021.
Topic Berkaitan
#bantuan kesan kewangan kritikal
#COVID-19
#IOC
#Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa
#Jawatankuasa Olimpik Nasional
#koronavirus
#Olimpik
#Persekutuan Sukan Antarabangsa
#Switzerland
#Thomas Bach
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan