Agensi Ubat-Ubatan Itali (AIFA) secara rasmi meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 Pfizer-Biontech, pada Selasa.

Kelulusan itu diberikan selepas mendapat lampu hijau daripada Agensi Ubat-ubatan Eropah (EMA) bagi 27 negara Kesatuan Eropah (EU).

Vaksin Pfizer-Biontech telah banyak digunakan di Amerika Syarikat (AS), Britain, Kanada dan beberapa negara lain.

"Vaksin ini diluluskan untuk seluruh penduduk berusia lebih dari 16 tahun dan penting untuk mengetahui bahawa ia tidak mempunyai kesan sampingan teruk.

“Ini telah banyak dibincangkan dalam beberapa minggu terakhir dan saya mesti mengatakan bahawa EMA telah melakukan tugas yang sangat baik dalam terus menangani beberapa peringatan atau sebab untuk diperhatikan dan mempertimbangkan hal ini menjadi rutin vaksinasi yang tidak kurang penting tetapi normal," kata ketua pengarah AIFA, Nicola Magrini.

Penghantaran pertama sebanyak 9,750 dos vaksin dijangka tiba Sabtu ini melalui jalan darat dari Belgium ke Hospital Spallanzani Infective Deseases di Rome sebelum diedarkan ke seluruh Itali.

Program vaksinasi pertama akan bermula di Itali pada 27 Disember seperti di beberapa negara Eropah lain.

EMA telah mempercepatkan penilaiannya terhadap vaksin Pfizer-Biontech susulan tekanan daripada beberapa negara EU terutamanya Jerman.

Angka kes baru COVID-19 di Itali meningkat kepada 13,318 pada Selasa.

Itali ketika ini berada pada sekatan separa di seluruh negara menjelang Krismas.