awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jepun bakal isytihar darurat di tujuh wilayah

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
07/04/2020
01:16 MYT
COVID-19: Jepun bakal isytihar darurat di tujuh wilayah
ABE: Dengan pengisytiharan perintah darurat, Gabenor di wilayah masing-masing akan diberi kuasa untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan atau menutup premis perniagaan. -Gambar fail
Tujuh wilayah di Jepun termasuk Tokyo, Osaka dan Fukuoka bakal melaksanakan perintah darurat bagi memerangi penularan COVID-19.
Menurut perdana menteri, Abe Shinzo, perintah berkenaan akan berlarutan selama sebulan bermula Selasa, lapor agensi berita AP.
Dalam satu kenyataan yang disiarkan secara langsung di televisyen tempatan, Abe bakal memperincikan perintah itu pada Selasa.
"Dengan pengisytiharan perintah darurat, Gabenor di wilayah masing-masing akan diberi kuasa untuk melaksanakan perintah kawalan pergerakan atau menutup premis perniagaan," katanya.
Abe turut dijangka mengumumkan pakej rangsangan ekonomi berjumlah 108 trilion yen atau AS$1 trilion bagi mengurangkan impak ekonomi yang dirasai penduduk Jepun.
Aliran tunai kepada isi rumah yang memerlukan serta sokongan kewangan untuk melindungi perusahaan serta pekerjaan turut disertakan.
"Bagi isi rumah yang pendapatannya terjejas, bayaran 300,000 yen akan disalurkan.
"Selain itu, 2 juta yen akan disalurkan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dan 1 juta yen bagi mereka yang bekerja sendiri," katanya.
Jepun juga akan mempertingkatkan penghasilan katil hospital bagi menampung keperluan semasa dengan sasaran 50,000 katil.
Sehingga Selasa, Jepun mencatatkan 3,654 kes jangkitan COVID-19 dengan 85 kematian.
Topic Berkaitan
#ekonomi
#Hospital
#Jepun
#koronavirus
#menteri
#Olimpik Tokyo
#Perdana Menteri
#PKS
#rumah
#Shinzo Abe
#Tokyo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan