awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendekatan Malaysia MADANI bukan sekadar slogan - Budiman
Kes Cradle Fund: Mahkamah Persekutuan kekalkan pembebasan Samirah, dua remaja
MPO, DFP terus memupuk bakat muzik tempatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jumlah kematian melepasi 348,000, kes positif kini 5.55 juta

Astro Awani
Astro Awani
26/05/2020
22:10 MYT
COVID-19: Jumlah kematian melepasi 348,000, kes positif kini 5.55 juta
Dunia terus menyaksikan perkembangan positif berdasarkan kepada bilangan pesakit yang sembuh di mana sebanyak 2.27 juta pesakit telah pulih di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.
ANGKA korban akibat COVID-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan kenaikan 4,000 kes dalam masa 24 jam menjadikan kumulatif kematian akibat pandemik itu setakat ini mencapai 348,447 kes.
Menurut statistik Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kini menghampiri angka korban 100,000 kes.
United Kingdom dan Itali berada di kedudukan kedua dan ketiga dengan masing-masing mencatatkan lebih 37,000 dan 32,000 kes.
Manakala negara di kedudukan keempat dan kelima adalah Perancis dan Sepanyol dengan masing-masing merekodkan 28,000 dan 27,000 kes.
Sementara itu, Brazil berada di kedudukan kelima dengan angka korban melebihi 23,000 kes.
Dalam pada itu, dunia terus menyaksikan perkembangan positif berdasarkan kepada bilangan pesakit yang sembuh di mana sebanyak 2.27 juta pesakit telah pulih di seluruh dunia dan dibenarkan discaj.
Pada masa sama, data dari universiti tersebut turut menunjukkan, jumlah kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melebihi 5.55 juta.
Dalam tempoh 24 jam yang lepas, terdapat pertambahan 80,000 kes.
Enam negara mencatatkan kes positif melebihi 200,000 dengan Amerika Syarikat satu-satunya negara yang mempunyai kes melebihi 1 juta, iaitu jumlah kumulatif 1.66 juta.
Dua negara mempunyai angka jangkitan melebihi 300,000 iaitu Brazil dan Rusia manakala tiga negara mencatatkan angka positif COVID-19 melebihi 200,000 iaitu United Kingdom, Sepanyol dan Itali.
Enam negara mempunyai angka jangkitan melepasi 100,000 iaitu Perancis, Jerman, Turki, India, Iran dan Peru.
Sementara itu, Kanada merekodkan angka jangkitan melepasi China dengan masing-masing berjumlah 88,000 dan 84,000 kes.
Negara lain masih mempunyai angka kes positif pandemik itu di bawah 80,000.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#Brazil
#China
#COVID-19
#India
#Iran
#Itali
#jangkitan
#Jerman
#Johns Hopkins University
#kematian
#positif
#Pulih
#Rusia
#Sembuh
#sepanyol
#Turki
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan