awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Samsung perkenal modul memori SOCAMM2 LPDDR5X untuk pelayan AI
AstroBIZ: Astro BizOne hidupkan kebersamaan di Botani Kitchen
Lima Kluster Strategik perkukuh Reformasi Kesihatan MADANI - Dzulkefly
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Jumlah kes positif seluruh dunia melebihi 439 juta, korban cecah 5.97 juta

Astro Awani
Astro Awani
02/03/2022
23:00 MYT
COVID-19: Jumlah kes positif seluruh dunia melebihi 439 juta, korban cecah 5.97 juta
Terdapat pertambahan 1.53 juta kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas. - Foto REUTERS
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 global kini melebihi 439 juta kes.
Ia selepas terdapat pertambahan 1.53 juta kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di seluruh dunia dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 79 juta kes.
Ini diikuti India dan Brazil dengan masing-masing merekodkan 42.9 juta kes dan 28 juta.
Negara yang melepasi angka 23 juta kes adalah Perancis.
United Kingdom melebihi 19 juta, Rusia dengan 16 juta kes, manakala Turki, Jerman, Itali dan Sepanyol angka 10 juta.
Di Asia Tenggara, Indonesia kekal merekodkan jumlah kes positif tertinggi dengan lebih 5 juta, diikuti Filipina melebihi 3.6 juta, Malaysia 3.4 juta dan Thailand dengan 2.9 juta kes.
Manakala Singapura melebihi 767,000 kes.
Sementara itu, berdasarkan data Johns Hopkins University, terdapat pertambahan lebih 8,000 kes korban direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat COVID-19 global kini mencecah 5.97 juta kes.
Amerika Syarikat merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 954,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 649,000 kes, India lebih 514,000 kes dan Rusia lebih 346,000 kes.
Sementara Mexico kini catat lebih 318,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis, Jerman dan Sepanyol pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 149,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 56,000 diikuti Malaysia dengan 32,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 23,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan