awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif global hampir 268 juta, kematian 5.28 juta

Astro Awani
Astro Awani
08/12/2021
22:51 MYT
COVID-19: Kes positif global hampir 268 juta, kematian 5.28 juta
Lebih 600,000 kes positif COVID-19 baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas di seluruh dunia.
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini menghampiri 268 juta, berikutan lebih 600,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan melebihi 49.5 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 34.6 juta kes dan Brazil dengan lebih 22.1 juta kes.
United Kingdom catat lebih 10 juta kes dan Rusia kini catat lebih 9 juta kes manakala Turki menghampiri jumlah tersebut.
Perancis pula mencatatkan lebih 8 juta kes, sementara Argentina, Sepanyol dan Colombia melebihi 5 juta kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 4.2 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 2.8 juta, Malaysia lebih 2.6 juta kes dan Thailand dengan 2.1 juta kes.
Manakala Singapura merekodkan lebih 271,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 5.28 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 792,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 616,000 kes, India lebih 473,000 kes dan Mexico lebih 295,000 kes.
Sementara rusia kini catat lebih 279,000 kematian.
United Kingdom, Itali, Perancis dan Jerman pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 88,000 kes adalah Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 143,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 49,000 diikuti Malaysia dengan 30,000 kes.
Manakala Thailand dengan lebih 21,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#Johns Hopkins University
#jumlah kematian
#kes positif
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan