awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rusia ‘tidak boleh sabotaj’ usaha diplomasi AS - Zelenskyy
Petronas perkukuh agenda integriti, antirasuah bersama SPRM
Arab Saudi sedia laluan khusus untuk warga emas, OKU di Masjidil Haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif hampiri 60 juta, korban lebih 1.4 juta

Isabelle Leong
Isabelle Leong
24/11/2020
21:31 MYT
COVID-19: Kes positif hampiri 60 juta, korban lebih 1.4 juta
Perancis menduduki tangga keempat mencatatkan kes tertinggi dunia dengan 2,205,095 kes. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi 59.5 juta.
Ini berikutan lebih 550,000 jangkitan baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam.
Kes positif global kini berjumlah 59,561,488.
Setakat pagi Rabu (25 November), data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12.5 juta kes jangkitan.
Ini diikuti India dengan 9.17 juta kes, manakala Brazil merekodkan 6.08 juta kes.
Negara yang melepasi angka dua juta kes adalah Perancis (2,205,095) dan Rusia (2,120,836).
Jangkitan positif COVID-19 Sepanyol (1,594,844), United Kingdom (1,542,610), Italy (1,455,022), Argentina (1,374,631), Colombia (1,254,979) dan Mexico (1,049,358) pula melepasi satu juta kes.
Setakat pagi Rabu (25 November), Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12,501,643 kes jangkitan.
Setakat pagi Rabu (25 November), Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan 12,501,643 kes jangkitan.
Sementara itu, Jerman (962,307), Peru (950,557), Poland (909,066), Iran (880,542), Afrika Selatan (769,759), Ukraine (665,968), Belgium (559,902), Chile (543,087), Iraq (539,749), Indonesia (506,302) dan Belanda (501,441) termasuk dalam negara yang merekodkan lebih setengah juta kes.
Negara dalam lingkungan angka 300,000 hingga 500,000 kes jangkitan koronavirus adalah Czechia (499,831), Turki (460,916), Bangladesh (451,990), Romania (430,605), Filipina (421,722), Pakistan (379,883), Arab Saudi (355,741), Kanada (340,900), Maghribi (331,527), Israel (330,796) dan Switzerland (304,593).
Dalam pada itu, sebanyak 29 negara merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,00 kes.
Kebanyakan negara lain masih merekodkan angka positif di bawah 100,000 kes, termasuk Malaysia.
Angka kematian seluruh dunia melebihi 1.4 juta
Sementara itu, jumlah kumulatif kematian akibat pandemik COVID-19 melebihi 1.4 juta kes di seluruh dunia.
Statistik Johns Hopkins University menunjukkan, jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 terkini adalah sebanyak 1.4 juta kes.
Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan 259,045 kes, diikuti Brazil dengan 169,485 kes.
India dan Mexico pula masing-masing merekodkan lebih 134,218 dan 101,926 kes kematian. Kematian di United Kingdom pula menghampiri 56,000 kes dengan merekodkan 55,935 kes manakala di Italy, 51,306 kes kematian dicatatkan.
Brazil menduduki tangga kedua mencatatkan kes kematian tertinggi dunia selepas Amerika Syarikat dengan 169,485 kes.
Brazil menduduki tangga kedua mencatatkan kes kematian tertinggi dunia selepas Amerika Syarikat dengan 169,485 kes.
Angka kematian di Perancis pula melepasi 50,000 kes dengan mencatatkan 50,317 kes. Sementara itu, negara yang melepasi angka 40,000 kes kematian ialah Iran (45,738) dan Sepanyol (43,668). Argentina (37,122), Rusia (36,675), Peru (35,641) dan Colombia (35,479) pula merekodkan angka korban melebihi 30,000 kes.
Negara-negara lain masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#pandemik
#kes positif
#jumlah kematian
#Amerika Syarikat
#Rusia
#India
#Brazil
#koronavirus
#United Kingdom
#Malaysia
#Indonesia
#Itali
#Argentina
#Switzerland
#Chile
#Colombia
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan