awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
India dan Pakistan saling bertukar senarai aset nuklear
Kepengerusian ASEAN: Filipina akan teruskan momentum pengerusi terdahulu
JPJ Kelantan kutip RM9.02 juta kompaun Januari-November 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 174.5 juta, korban 3.76 juta

Astro Awani
Astro Awani
10/06/2021
21:30 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia lebih 174.5 juta, korban 3.76 juta
Angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.76 juta kes. -Gambar fail
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia ketika ini melepasi 174.5 juta.
Jumlah jangkitan menunjukkan kadar setara berbanding sebelum ini dengan lebih 500,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.4 juta kes.
Ini diikuti India dengan 29 juta kes dan Brazil dengan lebih 17 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 5 juta kes ialah Perancis, Turki dan Rusia.
United Kingdom, Itali dan Argentina pula catat kes melebihi 4 juta.
Jerman, Sepanyol, dan Colombia pula melebihi 3 juta kes.
Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes.
Peru, Indonesia, Belanda, Afrika Selatan, Kanada antara negara yang merekodkan lebih sejuta kes positif.
Malaysia kini melebihi 600,000 kes.
Negara lain merekodkan angka positif di antara 100,000 dan 300,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini melebihi 3.76 juta kes.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 598,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 479,000 kes, India lebih 359,000 kes, Mexico lebih 229,000 kes.
Sementara United Kingdom, Itali, Rusia dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 80,000 kes termasuk Jerman dan Sepanyol.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan melebihi 52,000 kes korban.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 22,000 diikuti Malaysia.
Singapura kekal dengan 34 kematian setakat ini.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Amerika Syarikat
#Johns Hopkins University
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan