awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas tegas tolak pelawaan Bersatu, sifatkan satu pengkhianatan
Nahas Jeju Air: 179 mangsa mungkin terselamat jika tiada struktur konkrit di hujung landasan
Jualan dagangan borong, runcit naik 6.4 peratus kepada RM158.9 bilion pada November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Kes positif seluruh dunia melebihi 198.7 juta, korban menghampiri 4.23 juta

Astro Awani
Astro Awani
02/08/2021
22:09 MYT
COVID-19: Kes positif seluruh dunia melebihi 198.7 juta, korban menghampiri 4.23 juta
Seorang penggali kubur berehat seketika selepas menguruskan proses pengebumian pesakit COVID-19 di Klang. - Foto REUTERS/Lim Huey Teng
JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 seluruh dunia ketika ini melebihi 198.7 juta, berikutan lebih 400,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.
Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat masih kekal negara paling terjejas dengan lebih 35 juta kes.
Ini diikuti India dengan lebih 31.6 juta kes dan Brazil dengan lebih 19.9 juta kes.
Manakala negara yang melebihi angka 6 juta kes adalah Perancis dan Rusia, sementara United Kingdom dan Turki melebihi 5 juta kes.
Argentina, Colombia dan Sepanyol pula catat kes melebihi 4 juta.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka tertinggi kes COVID-19 dengan melebihi 3.4 juta kes.
Ini diikuti dengan Filipina dengan lebih 1.6 juta sementara Malaysia mencatatkan 1.13 juta kes.
Manakala Thailand dan Singapura masing-masing merekodkan lebih 600,000 dan lebih 65,000 kes.
Sementara itu, angka kematian akibat COVID-19 seluruh dunia kini menghampiri 4.23 juta.
Berdasarkan data Johns Hopkins University, Amerika Syarikat kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi melebihi 613,000 kes.
Ini diikuti Brazil dengan lebih 556,000 kes, India lebih 424,000 kes, Mexico lebih 241,000 kes.
Sementara United Kingdom, Rusia, Itali dan Perancis pula merekodkan lebih 100,000 kes kematian.
Negara yang merekodkan angka korban melebihi 91,000 kes adalah Jerman sementara Sepanyol melebihi 81,000 kes.
Bagi Asia Tenggara, Indonesia mendominasi angka kematian dengan lebih 97,000 kes.
Filipina di tangga kedua korban tertinggi dengan lebih 28,000 diikuti Malaysia.
Manakala Thailand dengan lebih 5,000 angka korban.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes positif
#kes kematian
#Johns Hopkins University
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan