Skip to main content

Malaysia

Banjir: 422 mangsa masih berada di PPS Perak dan Selangor

Mangsa banjir memerhatikan keadaan persekitaran dari dalam kediamannya yang turut dinaiki air di Kampung Batu 7 ½, Jalan Changkat Jong (FELCRA). - Foto BERNAMA
Mangsa banjir memerhatikan keadaan persekitaran dari dalam kediamannya yang turut dinaiki air di Kampung Batu 7 ½, Jalan Changkat Jong (FELCRA). - Foto BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Sebanyak 422 mangsa daripada 119 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) di Perak dan Selangor setakat pagi ini, dengan Perak mencatatkan jumlah tertinggi mangsa banjir iaitu 410 orang daripada 114 keluarga.

Di Perak, Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan memaklumkan jumlah itu menurun berbanding 419 orang daripada 124 keluarga yang direkodkan malam tadi, dengan semua mangsa ditempatkan di tiga PPS di dua daerah.

“Daerah Larut Matang dan Selama menjadi kawasan baharu terjejas apabila 39 mangsa daripada lapan keluarga dipindahkan ke PPS Surau Kampung Simpang Halt malam tadi.

Advertisement

“Di Hilir Perak, 238 mangsa daripada 69 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Rumah Rehat Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), manakala 133 mangsa daripada 37 keluarga masih berlindung di PPS Dewan MPTI Langkap,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu di Selangor, InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaklumkan 12 mangsa daripada tiga keluarga yang terjejas akibat ribut masih ditempatkan di PPS Dewan Sri Bernam, Sabak Bernam.

Advertisement

Selain itu, 20 mangsa daripada lima keluarga yang terkesan akibat kejadian tanah runtuh di Gombak pada 29 Okt lepas masih berlindung di PPS Balai Raya Kampung Kenanga.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement