JUMLAH kumulatif kes positif COVID-19 di seluruh dunia kini melepasi angka 74.7 juta.

Ini berikutan pertambahan ratusan ribu kes baharu direkodkan dalam tempoh 24 jam lepas.

Data terbaharu Johns Hopkins University menunjukkan Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 17 juta kes.

Ini diikuti India dengan lebih 9 juta kes, manakala Brazil merekodkan lebih 7 juta kes.

Negara yang melepasi angka 2 juta kes ialah Rusia dan Perancis manakala Turki, United Kingdom, Itali, Sepanyol, Argentina, Colombia, Jerman, Mexico, Poland dan Iran catat lebih sejuta kes.

Peru, Ukraine, Afrika Selatan, Belanda, Indonesia, Belgium dan Romania merekodkan angka lebih setengah juta kes.

Negara dalam lingkungan 300,000 hingga 500,000 kes ialah Bangladesh, Kanada, Filipina, Pakistan, Maghribi, Switzerland, Arab Saudi, Israel, Portugal, Austria dan Sweden.

Sementara itu, sebanyak 35 buah negara lain merekodkan angka positif dalam lingkungan 100,000 hingga 300,000 kes.

Kebanyakan negara lain merekodkan angka positif di bawah 100,000.