awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Selepas Pfizer, panel penasihat FDA syor penggunaan vaksin Moderna

Astro Awani
Astro Awani
17/12/2020
22:59 MYT
COVID-19: Selepas Pfizer, panel penasihat FDA syor penggunaan vaksin Moderna
Vaksin Moderna akan mula diedarkan sejurus selepas mendapat kelulusan akhir oleh FDA. -Gambar fail
PANEL penasihat bagi Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) mengesyorkan penggunaan vaksin COVID-19 buatan Moderna untuk tujuan kecemasan.
Keputusan ini bakal memberi pilihan kedua bagi rakyat AS dalam usaha mencegah wabak itu selepas vaksin Pfizer dan Biontech diluluskan minggu lalu.
Pengundian jawatankuasa mendapat 20 undi menyokong dan tiada yang membantah, dengan satu tidak mengundi.
Mereka bersetuju bahawa vaksin tersebut mempunyai lebih banyak manfaat berbanding risiko bagi individu berusia 18 tahun ke atas.
Vaksin Moderna akan mula diedarkan sejurus selepas mendapat kelulusan akhir oleh FDA.
Sejumlah 5.9 juta dos telah dibekalkan bagi gabenor-gabenor negeri dan sedia untuk dihantar ke seluruh negara.
Berbanding vaksin Pfizer, vaksin moderna tidak perlu disimpan dalam suhu ekstrem.
Pihak berkuasa AS menjangkakan sejumlah 40 juta dos Pfizer dan Moderna akan tersedia menjelang hujung tahun.
Kedua-dua vaksin telah dibuktikan 95 peratus berkesan dalam mencegah penyakit COVID-19.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Moderna
#Amerika Syarikat
#vaksin
#Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat
#FDA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan