awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat 14 kes baharu, 105 pesakit pulih

Bernama
Bernama
15/03/2020
16:05 MYT
COVID-19: Singapura catat 14 kes baharu, 105 pesakit pulih
Setakat ini, MOH berkata sejumlah 105 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu dan dibenarkan keluar dari hospital. - Gambar REUTERS
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura telah mengesahkan 14 jangkitan baharu COVID-19 di republik itu, menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 226.
Menurut kenyataan MOH hari ini, dua adalah sebahagian daripada kluster yang membabitkan majlis makan malam persendirian di SAFRA Jurong pada 15 Feb, tiga dikaitkan dengan kes sebelum ini manakala sembilan lagi merupakan kes import.
Bagi kes baharu yang dicatat hari ini, tiada rakyat Malaysia terlibat dan tiada kes positif yang dikaitkan dengan perhimpunan massa di sebuah masjid di Malaysia.
Bagaimanapun, satu daripada kes yang dikaitkan dengan kluster SAFRA Jurong telah berada di Malaysia dari 1 hingga 4 Mac.
Seorang lelaki rakyat Singapura berusia 50 tahun telah disahkan dijangkiti COVID-19 pagi ini dan ditempatkan di bilik isolasi Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit (NCID).
Beliau adalah kontak bagi Kes 117 iaitu seorang wanita rakyat Singapura berusia 52 tahun yang disahkan telah dijangkiti COVID-19 pada 5 Mac dan dikaitkan dengan kluster sama.
Setakat ini, MOH berkata sejumlah 105 kes telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan virus itu dan dibenarkan keluar dari hospital.
Daripada sejumlah 121 kes yang telah disahkan dan masih dirawat di hospital, kebanyakannya adalah stabil atau semakin pulih manakala 13 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, menurut kementerian itu.
Setakat tengah hari, MOH telah mengenal pasti sejumlah 5,472 kontak rapat yang telah dikuarantin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Hospital
#Kementerian Kesihatan
#koronavirus
#perhimpunan
#rakyat Malaysia
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan