awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis, MCMC kerjasama kesan sindiket penipuan guna nama IPK Johor
APMM rampas hampir sejuta rokok seludup di Sungai Golok
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura catat tambahan 642 kes baharu, jumlah keseluruhan melebihi 31,000

Bernama
Bernama
23/05/2020
10:29 MYT
COVID-19: Singapura catat tambahan 642 kes baharu, jumlah keseluruhan melebihi 31,000
Data pukul 12 tengah hari menunjukkan hanya enam kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap. - Gambar fail/REUTERS
Singapura dalam pengesahan awal memaklumkan tambahan 642 kes positif jangkitan COVID-19 setakat tengah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhannya kini mencapai 31,068 kes dengan jumlah pesakit yang pulih setakat Jumaat adalah 12,955.
Data pukul 12 tengah hari menunjukkan hanya enam kes melibatkan rakyat Singapura atau penduduk tetap, manakala selebihnya adalah pekerja asing, menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam kenyataan hari ini.
Kementerian itu mengatakan bahawa pihak kementerian masih meneruskan perincian kes-kes berkenaan dan akan memberikan maklumat terkini lewat hari ini.
Menerusi data penuh yang dikeluarkan pada Jumaat, Singapura menklasifikasikan 1,685 sebagai kes komuniti, 580 kes yang diimport, dan 28,161 melibatkan pekerja asing yang tinggal di asrama.
Ketika ini, 798 kes yang disahkan masih dirawat di hospital dengan lapan daripadanya dalam keadaan kritikal dan ditempatkan di unit rawatan rapi, sementara 23 telah meninggal dunia.
Kementerian itu berkata 16,650 yang bergejala ringan atau baik dari segi klinikal tetapi masih diuji positif untuk COVID-19, diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.
Kementerian juga mengenal pasti dua kluster baharu pada hari Jumaat, sementara kluster terbesar di republik itu, S11 Dormitory @ Punggol mempunyai sejumlah 2,589 kes yang disahkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#Kementerian Kesihatan SIngapura
#kes positif
#MOH
#pekerja asing
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan