awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Singapura sahkan 202 kes baharu, tujuh kes dalam komuniti

Bernama
Bernama
18/07/2020
12:19 MYT
COVID-19: Singapura sahkan 202 kes baharu, tujuh kes dalam komuniti
Dengan perkembangan terbaru itu, jumlah yang dijangkiti COVID-19 di republik ini kini sebanyak 47,655. - Gambar fail/REUTERS
Singapura sahkan 202 lagi kes baharu jangkitan COVID-19 dalam tempoh 24 jam lepas dengan tujuh kes dalam komuniti.
Menurut data ringkas dikeluarkan pada tengah hari ini oleh Kementerian Kesihatan (MOH), daripada tujuh kes komuniti itu, lima daripadanya ialah warganegara Singapura atau penduduk tetap manakala dua lagi pemegang pas kerja.
Selain itu, menurut kementerian, lapan kes merupakan kes import melibatkan mereka yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik tiba di Singapura.
Bagi kes hari ini, majoritinya masih membabitkan pekerja migran yang tinggal di asrama, katanya.
Dengan perkembangan terbaru itu, jumlah yang dijangkiti COVID-19 di republik ini kini sebanyak 47,655.
Dalam data penuh dikeluarkan semalam, Singapura mengklasifikasi 630 daripada kes itu sebagai kes import, 2,104 kes komuniti dan 44,719 kes penghuni asrama.
Secara keseluruhannya, 43,577 atau kira-kira 92 peratus kes telah sembuh sepenuhnya daripada jangkitan dan dibenarkan discaj dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti.
Setakat tengah hari semalam, terdapat 165 kes disahkan yang masih dirawat di hospital, dengan kebanyakannya stabil atau semakin pulih, dan tiada pesakit dirawat di unit rawatan rapi.
Sebanyak 3,684 pesakit yang bergejala atau sihat dari segi klinikal tetapi diuji positif COVID-19 telah diasingkan dan ditempatkan di kemudahan komuniti.
Setakat ini, 27 orang meninggal dunia akibat komplikasi disebabkan COVID-19 di republik ini.
Satu kluster baharu dikenal pasti semalam iaitu sebuah tapak pembinaan di Paya Lebar Quarter Tower 2, Paya Lebar Link.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#kes baharu
#kes dalam komuniti
#Notis Jangan Keluar Rumah
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan