awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sektor kreatif digital, animasi berimpak tinggi agenda baharu TVET - TPM Ahmad Zahid
USJT Bukit Aman ambil alih siasatan laporan bekas PTD - Ketua Polis KL
Selangor catat RM3.021 bilion kutipan hasil negeri pada 2025 - Menteri Besar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Terima kasih negara yang cantik - Trump puji Kemboja kerana terima kapal MS Westerdam

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
15/02/2020
07:00 MYT
COVID-19: Terima kasih negara yang cantik - Trump puji Kemboja kerana terima kapal MS Westerdam
Sebelum ini, empat buah negara telah menolak penerimaan kapal Westerdam itu daripada melabuh kerana bimbang penumpang yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 yang berada di dalam kapal tersebut. - Foto Reuters
PRESIDEN Amerika Syarikat (AS) Donald Trump berterima kasih kepada Kemboja atas kesudian negara itu untuk membenarkan kapal persiaran MS Westerdam berlabuh di perairan negara itu selepas ditolak beberapa negara Asia.
Sebelum ini, empat buah negara telah menolak permintaan kapal Westerdam itu daripada berlabuh kerana bimbang penumpang yang berkemungkinan dijangkiti COVID-19 yang berada di dalam kapal tersebut.
Kebenaran berlabuh itu dibuat selepas mendapat persetujuan dan dialu-alukan oleh Perdana Menteri negara berkenaan, Hun Sen.
Trump menerusi ciapan di Twitter pada Jumaat, “Terima kasih kepada negara yang cantik, Kemboja kerana menerima kapal Westerdam @CarnivalCruise ke pelabuhan anda. Amerika Syarikat akan mengenang jasa baik anda.”
Thank you to the beautiful country of Cambodia for accepting the @CarnivalCruise ship Westerdam into your port. The United States will remember your courtesy! @MickyArison
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) February 14, 2020
Kapal Westerdam yang dikendalikan oleh Carnival Corp, Holland America Inc, dibenarkan berlabuh di perairan berjarak satu kilometer dari pelabuhan utama Sihanoukville, Kemboja selepas dua minggu berlayar.
Dalam pada itu, dilaporkan seramai 1,455 penumpangnya mula turun daripada kapal dan pulang ke rumah pada Jumaat.
Bagaimanapun, tiada di antara mereka yang disahkan terkena jangkitan COVID-19 itu yang mana telah mengorbankan lebih 1,500 nyawa setakat ini.
Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen sebelum ini sering mengeluarkan tuduhan bahawa AS sering berhubung pelanggaran hak asasi manusia dan penghinaannya terhadap pembangkang sejak tahun 2017.
Beliau pada masa telah mendorong Kemboja ke arah lebih dekat dengan negara China, yang mana telah menyediakan berbilion ringgit bagi bantuan serta pinjaman kepada projek-projek infrastruktur serta sering berada di pihak Kemboja dalam menghadapi kritikan negara Barat.
BACA: COVID-19: Hun Sen alu-alukan penumpang MS Westerdam ke Kemboja
BACA: COVID-19: Kematian di China meningkat kepada 1,524 orang
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#AS
#Donald Trump
#Kapal Westerdam
#Kemboja
#Perdana Menteri
#presiden
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan