awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Thailand terus catat tiga angka bagi kes baharu harian

Bernama
Bernama
31/01/2021
10:10 MYT
COVID-19: Thailand terus catat tiga angka bagi kes baharu harian
Sepanjang tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 829 jangkitan baharu COVID-19 dengan sifar kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 18,782 dengan 77 kematian. - Gambar fail/REUTERS
BANGKOK:Thailand terus mencatat tiga angka bagi kes baharu harian COVID-19 selepas pihak berkuasa negara itu meningkatkan langkah pengesanan kes aktif di wilayah Samut Sakhon di mana penularan semasa pandemik tersebut bermula.
Sepanjang tempoh 24 jam lepas, Thailand merekodkan 829 jangkitan baharu COVID-19 dengan sifar kematian menjadikan jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 18,782 dengan 77 kematian.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Panprapa Yongtrakul berkata daripada jumlah kes baharu itu, 822 adalah jangkitan tempatan dengan 731 dikenal pasti melalui pengesanan kes aktif manakala 91 merupakan mereka yang mendapatkan rawatan di hospital.
Beliau berkata beberapa kes baharu adalah kes import membabitkan lima rakyat Thailand dan dua warga asing yang memasuki negara itu serta menjalani kuarantin di pusat kuarantif alternatif negara (ASQ).
"Langkah pengesanan kes aktif di Samut Sakhon bertujuan memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Pihak berkuasa kesihatan sedang mencuba yang terbaik bagi menjalankan ujian saringan ke atas seramai mungkin rakyat," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Sehingga kini, Thailand merekodkan sejumlah 18,782 kes COVID-19 termasuk 16,323 jangkitan tempatan yang menyaksikan 9,284 dikenal pasti menerusi pengesanan kes aktif, dan 2,459 kes import.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Thailand
#kes baharu
#tiga angka
#COVID-19
#Bangkok
#CCSA
#Dr Panprapa Yongtrakul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan