Tiada kes baharu dan kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Thailand pada Sabtu ketika negara itu mula membuka kembali perniagaan dan melonggarkan sekatan.
Ia merupakan kali kedua negara itu tidak merekodkan sebarang kes harian baharu sejak 9 Mei lalu.
Sehubungan itu, jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, Taweesin Wisanuyothin menzahirkan ucapan terima kasih kepada rakyat Thailand kerana memberikan kerjasama dalam usaha membendung penularan COVID-19.
Bermula Ahad, Thailand akan membenarkan pasar raya beroperasi semula dengan waktu operasi malam dipendekkan selama satu jam iaitu dari 11 malam hingga 4 pagi.
Setakat ini, negara gajah putih itu merekodkan 3,025 kes dengan 56 kematian akibat COVID-19.