awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Polis buru tiga lelaki larikan peti besi 100 kilogram
Reformasi MADANI perlu lebih daripada pendekatan rutin, kata PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: Warga Amerika yang sudah divaksin, tidak perlu dos ketiga

Hafizi Rosli
Hafizi Rosli
13/07/2021
03:55 MYT
COVID-19: Warga Amerika yang sudah divaksin, tidak perlu dos ketiga
Pfizer minggu lalu memohon pengawal selia AS meluluskan penggunaan dos tambahan vaksin COVID-19 berdasarkan risiko jangkitan yang tinggi selepas enam bulan disuntik. - Gambar fail
WARGA Amerika Syarikat yang sudah melengkapkan suntikan dua dos suntikan vaksin COVID-19 tidak perlu untuk mendapat dos tambahan ketiga atau 'booster'.
Menurut jurucakap Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat pada Isnin, keputusan itu diambil selepas mengadakan mesyuarat dengan pengeluar vaksin, Pfizer.
Pfizer minggu lalu memohon pengawal selia Amerika Syarikat meluluskan penggunaan dos tambahan vaksin COVID-19 berdasarkan risiko jangkitan yang tinggi selepas enam bulan disuntik serta penyebaran varian Delta yang mudah menular.
Jelasnya, pihaknya akan terus mengadakan perbincangan dengan Pfizer mengenai langkah selanjutnya.
Katanya, setiap tindakan yang dilakukan memerlukan data kajian lanjut dalam proses kawal selia yang ketat yang perlu dipatuhi.
BACA: COVID-19: Pfizer jumpa FDA bincang suntikan ketiga vaksin
BACA: Vaksin COVID-19: Pergiat dos pertama, kedua sementara tunggu kajian dos ketiga - Pakar
Penyebaran varian Delta, yang pertama kali dikesan di India, kini mendominasi kes jangkitan baharu di banyak negara.
Ia menimbulkan kebimbangan mengenai adakah vaksin sedia ada mampu menawarkan pelindungan secukupnya.
Beberapa pakar mendakwa, dos tambahan ini perlu dalam berdepan peningkatan kes jangkitan dan kes kematian.
Bagaimanapun, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata pada Isnin, negara-negara kaya tidak sepatutnya menempah dos penggalak ini ketika mana banyak negara masih belum menerima bekalan yang mencukupi.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#suntikan
#Pfizer
#booster
#Pertubuhan Kesihatan Sedunia
#India
#WHO
#vaksin
#jangkitan
#Varian Delta
#penggalak
#dos ketiga
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan