awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

COVID-19: White House, Republikan bincang pelan rangsangan baharu

Astro Awani
Astro Awani
21/07/2020
03:25 MYT
COVID-19: White House, Republikan bincang pelan rangsangan baharu
White House dilaporkan mengkritik peruntukan yang tinggi untuk tujuan saringan Covid-19 dan isu-isu lain. - Gambar fail
PEMIMPIN Demokrat dijangka mengadakan pertemuan dengan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk bincangkan pelan rangsangan AS$3 trilion mereka.
Kenyataan berkenaan dikeluarkan susulan pertemuan Trump dengan pemimpin Republikan di White House.
Trump menyatakan wujud perkembangan positif tentang pelan bantuan ekonomi terbaru AS yang dicadangkan Republikan di Senat bernilai AS$1 trilion itu.
Ketika ini Republikan di Senat bersedia meluluskan pakej baharu bernilai AS$1 trilion.
Namun White House dilaporkan mengkritik peruntukan yang tinggi untuk saringan Covid-19 dan isu-isu lain.
Ini dijangka menyukarkan usaha meluluskan pelan berkenaan.
Pelan baharu bernilai AS$1 trilion ini adalah atas empat pelan sedia ada, iaitu sekitar AS$2.8 trilion yang diumumkan sebelum ini untuk mengurangkan kesan ekonomi susulan Covid-19.
Susulan peningkatan baharu kes Covid-19, banyak perniagaan kembali menutup kedai sekali gus mengakibatkan kehilangan pekerjaan.
Pelan yang dicadangkan Republikan dijangka turut memasukkan bantuan tunai AS$1,200.
Sebelum ini, Demokrat di Dewan Perwakilan meluluskan pelan bernilai AS$3 trilion untuk mengembalikan ekonomi AS selepas Covid-19, namun gagal dapat persetujuan Senat.
Pelan rangsangan terbaharu penting kerana bantuan tambahan pengangguran AS$600 dijangka tamat pada akhir Julai.
Bantuan itu penting untuk merangsang perbelanjaan pengguna yang menyumbang kepada dua per tiga daripada ekonomi AS.
Ketika ini kadar pengangguran di AS kekal pada sekitar 11.1 peratus pada Jun.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#COVID-19
#Demokrat
#Donald Trump
#ekonomi
#pengangguran
#Republikan
#White House
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan