Skip to main content

Dunia

Croatia lanjut tempoh had harga bahan api dua minggu lagi

Andrej Plenković
Perdana Menteri Croatia, Andrej Plenkovic. - Instagram plenkovic.andrej

ZAGREB: Kerajaan Croatia memutuskan untuk melanjutkan tempoh had harga bahan api untuk dua minggu lagi, kata Perdana Menteri Andrej Plenkovic pada Isnin, lapor Xinhua.

Di bawah peraturan dikemas kini yang akan berkuat kuasa pada Selasa, harga petrol biasa akan turun kepada €1.64 (US$1.93) seliter, manakala diesel biasa turun tujuh sen kepada €1.78 (US$2.09) seliter. 

Advertisement

Harga diesel biru yang digunakan dalam sektor pertanian dan perikanan juga akan berkurangan sebanyak tujuh sen kepada €1.29 (US$1.52) seliter.

Menteri Ekonomi Ante Susnjar berkata langkah itu bertujuan melindungi taraf hidup rakyat di samping mengekalkan kestabilan ekonomi bagi tempoh dua minggu berkenaan.

Kerajaan menetapkan harga siling bahan api setiap dua minggu berdasarkan harga minyak global dan kadar pertukaran wang asing. Selain itu, kerajaan turut mengehadkan margin peruncit dan boleh menyelaraskan cukai bagi mengurangkan kesan turun naik harga.

Walaupun campur tangan sedemikian bukan sebahagian daripada dasar pasaran biasa, ia dilaksanakan ketika waktu krisis.

Baru-baru ini, langkah itu dikaitkan dengan gangguan akibat konflik melibatkan Iran serta penutupan Selat Hormuz yang telah menyebabkan harga minyak global melonjak tinggi.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video