awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Konsultan rugi RM690,500 ditipu pelaburan dalam talian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Cuci dan guna semula kit ujian saringan COVID-19, pekerja syarikat farmasi ditahan

Astro Awani
Astro Awani
05/05/2021
05:09 MYT
Cuci dan guna semula kit ujian saringan COVID-19, pekerja syarikat farmasi ditahan
Beberapa pekerja sebuah syarikat farmaseutikal di Indonesia ditahan setelah disyaki mencuci dan menjual semula kit ujian calitan hidung COVID-19 yang telah digunakan. -Gambar fail
JAKARTA: Beberapa pekerja sebuah syarikat farmaseutikal di Indonesia ditahan setelah disyaki mencuci dan menjual semula kit ujian calitan hidung COVID-19 yang telah digunakan.
Polis percaya kit itu telah digunakan ke atas 9,000 penumpang di sebuah lapangan terbang di Medan, lapor BBC.
Syarikat milik kerajaan, Kimia Farma dilapor berdepan tindakan undang-undang yang dibuat bagi pihak pelancong.
Ujian calitan hidung COVID-19 ialah antara kaedah saringan di kebanyakan negara yang dilanda wabak COVID-19.
Polis percaya penipuan itu telah dilakukan sejak Disember tahun lalu di Lapangan Terbang Kualanamu di Medan, Sumatera Utara.
Media bagaimanapun tidak dimaklumkan tentang bagaimana penipuan itu diketahui pihak berkuasa.
Minggu lalu, lima pekerja Kimia Farma termasuk pengurus syarikat Medan ditahan polis.
Suspek dituduh melanggar undang-undang kesihatan dan pengguna dengan mencuci putik calitan hidung dan membungkusnya semula untuk dijual.
Media tempatan melaporkan bahawa pihak berkuasa telah mengumpul laporan daripada 23 saksi.
Siasatan juga dijalankan untuk memastikan sama ada keuntungan daripada penipuan itu - dianggar bernilai sekitar 1.8 bilion rupiah (kira-kira RM285,000) - digunakan untuk membiayai pembinaan rumah mewah salah seorang suspek.
Kimia Farma, yang beribu pejabat di ibu kota Jakarta, telah memecat staf terlibat dan berjanji akan memperketat kawalan dalaman syarikat.
Topic Berkaitan
#kit saringan
#calitan hidung
#Kimia Farma
#ujian saringan
#COVID-19
#pelancong
#Lapangan Terbang Kualanamu
#ujian pantas antigen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan