awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Daish akui dalang sebalik serangan di Kabul

Agensi
Agensi
24/07/2016
02:27 MYT
Daish akui dalang sebalik serangan di Kabul
Serangan tersebut dilakukan ketika protes yang disertai etnik Hazaras yang menggesa supaya sambungan kabel elektrik dibina di kawasan kediaman mereka. - Foto AFP
Sebuah kumpulan militan yang dikaitkan dengan Daish yang dikenali sebagai Aamaq, mengakui terlibat dalam serangan di Kabul, Afghanistan, semalam.
Menurut polis, serangan tersebut membunuh 83 orang dan menyebabkan lebih 200 yang lain cedera.
Saksi-saksi berkata, serangan tersebut dipercayai dilakukan seorang pengebom bunuh diri dalam kalangan peserta demonstrasi.
Serangan tersebut dilakukan ketika protes yang disertai etnik Hazaras yang menggesa supaya sambungan kabel elektrik dibina di kawasan kediaman mereka.
Kebanyakan dari kalangan Hazaras adalah Syiah manakala majoriti daripada rakyat Afghanistan adalah berfahaman Sunni.
Ketua Unit Hubungan Antarabangsa Kementerian Kesihatan Awam, Waheed Maj-Roeh mengesahkan bilangan mangsa yang maut.
Namun katanya, angka tersebut mungkin akan meningkat kerana ramai dari kalangan yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Dalam kejadian pada Sabtu itu, satu letupan kuat telah menggegarkan bandar Kabul sewaktu satu tunjuk perasaan bagi membantah satu pembinaan laluan tenaga oleh sekumpulan pengikut Syiah diadakan.
Topic Berkaitan
#Aamaq
#Afghanistan
#daish
#Kabul
#serangan bom
#Sunni
#Syiah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan