awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

IS dakwa bakar juruterbang hidup-hidup, Jordan tekad balas dendam

AFP
AFP
04/02/2015
03:27 MYT
IS dakwa bakar juruterbang hidup-hidup, Jordan tekad balas dendam
Video 22 minit itu menunjukkan imej lelaki, dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditangkap pada Disember, dijilat api.
Militan IS mendedahkan sebuah video pada Selasa yang dikatakan memaparkan seorang juruterbang Jordan yang dibakar hidup-hidup di dalam sangkar, dalam tindakan paling kejam oleh kumpulan ini terhadap tebusan asing.
Video 22 minit itu menunjukkan imej seorang lelaki yang dikatakan Leftenan Pertama Maaz al-Kassasbeh yang ditangkap pada bulan Disember diselubungi api yang marak.
Raja Abdullah II memendekkan lawatan ke Washington untuk pulang, sebuah televisyen tempatan melaporkan, setelah Amman mengesahkan kematian juruterbang pejuang berusia 26-tahun itu dan bertekad untuk "beri respon balas yang cukup hebat."
Video tersebut, yang belum dapat dipastikan kesahihannya, menimbulkan kemarahan pegawai dan tentera di Jordan yang berikrar untuk membalas dendam terhadap pembunuhan juruterbang itu.
Seorang pegawai keselamatan berkata, hukuman mati ke atas pengebom berani mati Iraq, Sajida al-Rishawi, serta militan lain akan dilaksanakan pada subuh hari Rabu.
"Hukuman mati akan dijalankan ke atas sekumpulan militan, bermula dengan Rishawi, dan juga Ziad Karbuli dan lain-lain yang menyerang kepentingan Jordan," kata pegawai itu.
Laporan syarikat televisyen tempatan berkata Kassasbeh telah terbunuh pada 3 Januari, sebelum IS membuat tawaran pertukaran dengan Rishawi.
Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama mengecam pembunuhan itu yang jelas menunjukkan peribadi IS yang "jahat dan gasar."
Amerika Syarikat akan "melipatgandakan keselamatan dan keazaman di pihak global untuk memastikan "kumpulan itu akhirnya ditumpaskan,” katanya.
Rumah Putih berkata perisikan AS sedang berusaha untuk mengesah kesahihan video itu.
Topic Berkaitan
#bakar hidup-hidup
#IS
#Juruterbang
#Kassasbeh
#maaz
#militan
#sangkar
#tebusan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan